in

Kanak-Kanak Main Atas Bumbung Bangunan 32 Tingkat

Sumber: WeChat

Empat kanak-kanak dalam lingkungan 10 tahun dirakam bermain di bumbung bangunan perumahan 32 tingkat di Guizhou, China.

Menerusi sebuah video yang ditularkan oleh penduduk kawasan itu, dua daripada mereka dilihat cuba meluncur turun bumbung bangunan tersebut sementara dua lagi memegang rod kilat untuk mengimbangi diri mereka.

Sumber: WeChat

Menurut laporan Daily Mail, kanak-kanak tersebut mengakses bumbung bangunan menerusi pintu kecemasan — yang tidak dikunci sekiranya kebakaran berlaku.

Sumber: WeChat

Mereka bermain di atas bangunan 100 meter itu selama 20 minit pada 10 Jun.

Mujur, kanak-kanak terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Pejabat pengurusan kompaun telah melaporkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa dan ibu bapa kanak-kanak ini telah ditegur polis.

Luahan wartawan: Dik, kau panjat pakai mask pun tak guna dik. Kalau jatuh mati terus ‘takpe’ jugak. Buatnya cacat seumur hidup…Main lah dekat tempat lain…

Seram aku tengok. Mana dorang dapat idea untuk panjat tinggi-tinggi macam ni? Is it TV, videos on social media atau the video games they play? Aku tak rasa budak-budak ni suddenly thought of doing so…They must’ve learnt this stunt somewhere.

So to parents out there, pantau content yang anak-anak korang consume and games yang anak-anak korang main because it might lead to things like this.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Pelajar RI Flush $50, Samakan Duit Dengan Tisu

Mat Tarzan Diberkas Tanam Pokok Ganja