in

Kanak-kanak Autisme, Tular Dengan Rakaman Dianiaya Ahli Terapi

Malam tadi (30 Jun), Safirah Oshin, ibu kepada seorang kanak-kanak autisme dan gangguan hiperaktif kurang tumpuan (ADHD) mendakwa anak kecilnya, Ali, telah dianiaya oleh ahli terapinya pada Mac 2019.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik Safirah di Facebook, ahli terapi itu dilihat merampas mainan Ali dan menyumbat tangannya dalam mulut anak kecil itu apabila dia mula meraung.

Tindakan ganas ahli terapi itu juga mengakibatkan Ali untuk jatuh dari kerusinya.

Ahli terapi ini seterusnya menarik Ali kembali.

Perbuatannya tidak dapat dirakamkan buat seketika kerana badannya membelakangi kamera

Dia kemudiannya memaksa Ali untuk duduk di sebuah kerusi bertentangan dengannya sebelum mencekik leher dan menggoncang-goncang badan Ali.

Kata Safirah, kedua-dua video yang dimuat naik cuma sedutan daripada rakaman 40 minit.

Hal berkenaan telah dilaporkan akan tetapi, ahli terapi tersebut cuma diberikan amaran lisan.

Safirah mencatatkan bahawa dia telah merayu agar kes ini dibuka semula pada Januari lepas namun hingga hari ini, anaknya tidak dapat menuntut keadilan.

Pos berkenaan telah menjana lebih 1,000 kongsian dalam sejam.

JUSTICE FOR ALI!!! MY SON HAS AUTISM AND ADHD.

THIS HAPPENED MARCH LAST YEAR.
BEING ABUSED BY HIS HOME ABA THERAPIST….

Posted by Safirah Oshin on Tuesday, June 30, 2020

Wartawan kami telah menghubungi ibu Ali. Nantikan perincian lanjut di www.planb.sg.

Sumber: Safirah Oshin

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Tarik Lagu Tinggi Sangat, Saluran Darah Wanita Pecah

Influencer 24 Tahun, Mengaku Masih Menyonyot Susu Botol