in

Jepun Menggila Minum Milo Sampai Habis Bekalan Selepas Tahu Kewujudan Minuman Ini

Tahukah anda baru-baru ini orang di Jepun baru sahaja mendapat tahu tentang kewujudan Milo yang telah pun lama dinikmati oleh penduduk di nusantara?

Sebuah tweet daripada pengguna Twitter @TonanLeopard tentang pembukaan kios Milo di Jepun menjadi tular. Tweet itu telah meraih lebih daripada 160,000 likes dan 49,900 retweet dalam jangka masa 2 hari.

Sumber: Twitter – @TonanLeopard

Menurut tweet yang dimuatnaikkan beliau, secawan Milo asli berharga JPY200 atau SGD$2.50.

Kios ini juga menjual minuman MILO berperisa seperti pisang atau kiwi yang dicampurkan dengan nanas, dengan harga JPY300 atau SGD$3.70 secawan. Yang menariknya, kopi dalgona lebih murah daripada MILO. Harga kopi dalgona tersebut adalah JPY180 atau SGD$2.20 setiap cawan.

Pembukaan kios ini mendapat sambutan yang baik di Jepun kerana bekalan Milo telahpun terhenti sejak Disember lalu. Ini menyebabkan permintaan Milo di negara itu melonjak sebanyak 700%.

Pada 10 Disember 2020, TimeOut Tokyo melaporkan bahawa MILO secara rasmi kehabisan stok di seluruh negara. Nestle Jepun berkerjasama dengan Nestle Singapura untuk mendapatkan barang mentah untuk memenuhi permintaan tersebut.

Oleh kerana itu, penjualan Milo di negara itu ditangguhkan sehingga 1hb Mac tahun ini.

Tweet oleh @TonanLeopard itu juga dibalas dengan beberapa gambar yang menunjukkan sumber Milo yang boleh didapati di nusantara. Di antaranya adalah lori Milo, Milo ais ikat tepi dan juga Milo Dinosaur.

Sumber: Twitter – @woozislippers
Sumber: Twitter – @hydesign_my
Sumber: Twitter – @ridhuanrss
Sumber: Twitter – @Hood_My_Wife

Memang menyerlah kelazatan minuman Milo ini sehingga menjadi minuman kegemaran ramai sejauh Jepun!

Luahan Wartawan: Fuh. Da sampai ke Jepun eh Milo. What’s even more amazing is that its considered a premium drink there. Kita kat sini minum Milo da macam minum air biasa. Yang ada orang siang malam pagi petang minum Milo jer.

Ingatlah, minum Milo anda jadi sihat dan kuat!

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Perkahwinan Hannah Delisha Didakwa Tidak Direstui Ibunya

Doktor Dibebaskan Setelah Didapati Tidak Bersalah Dalam Kes Cabul Pesakit Wanita