in

Jangan Berbual Dalam MRT, Cegah Penularan Wabak, Staff Akan Bawa Papan Tanda

Mulai hari ini (31 Mac), penumpang boleh melihat kakitangan stesen yang membawa kad yang mengingatkan penumpang untuk tidak bercakap semasa berada dalam keretapi.

Sumber: Facebook, SMRT

Niat SMRT hanya ingin memberi nasihat keselamatan buat orang ramai di musim Covid ini walaupun keadaan sudah beransur pulih.

Walaupun ia hanya usaha kecil, netizen tetap menghargai usaha SMRT.

Peringatan untuk menahan diri dari bercakap bukanlah perkara baru, tetapi wanita ini memuji SMRT kerana melibatkan kakitangan mereka untuk membantu secara fizikal, yang membuktikan bahawa mereka “memandang keselamatan Covid-19 dengan serius”.

Namun ada juga warganet yang membahankan inisiatif SMRT.

???

???

Kita menghargai usaha dan niat SMRT, hanya masa akan menentukan keberkesanannya.

Luahan Wartawan: Aku cuma ada satu soalan.

Train makin packed lately, amacam ni ambassadors mau jalan mundar-mandir bawak placard nak ingatkan orang?

Terus terang, aku rasa tak perlu lah. Orang kalau nak berbual, bertonyeh tetap akan buat. Kau tunjuk, dia senyap. Kau jalan, start balik. Lagi tak balik modal kalau ambassadors korang kena abuse.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Pengantin Baru Lemas Selepas Dirikan Rumah Tangga Selama Enam Hari

Kemejan 28kg Ditangkap Di Bedok Jetty