in

Isteri Dyn Norahim, Selamat Melahirkan Nombor Tiga

Pengasas bersama dan pengacara OKLETSGO Dyn Norahim, telah selamat menimang cahaya mata ketiganya pagi semalam (10 Julai).

Belum dinamakan, anak lelakinya dilahirkan secara normal pada 4:12 pagi dengan berat 3.16 kilogram.

DYN ‘ANXIOUS’

Meskipun bergelar ayah sejak 2011, Dyn mengaku berasa lebih gementar kali ini berbanding kelaharian anak-anaknya yang lain tatkala isterinya, Nur Sodiqin, mula merasakan kontraksi pada kira-kira 11 malam kelmarin.

Kongsi Dyn, ini mungkin disebabkan pesanan ibunya:

“Anak nombor tiga ni, selalu cepat. Kalau contraction, hari tu juga beranak.”

Oleh demikian, penyampai podcast 39 tahun ini mula tergesa-gesa untuk ke hospital sementara isterinya, 33 tahun, masih tenang berehat sambil berbual bersama pembantu bidannya.

“Barang-barang macam baju isteri, baju baby dan barang keperluan lain semua sudah disiapkan dalam beg.

“Air batu pun saya bawa sebab semasa melahirkan anak pertama dan kedua, isteri saya suka kunyah ais untuk ‘kurangkan rasa sakit’,” jelas Dyn, yang menyifatkan dirinya kelmarin semalam sebagai kanchiong.

Sumber: Google

Mereka pada akhirnya bergerak ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kandang Kerbau (KKH) pada kira-kira 2 pagi.

DENGAR LAGU METAL DALAM BILIK BERSALIN

Sememangnya resah, ditambah pula dengan jeritan isterinya menahan kesakitan, Dyn mendedahkan bahawa dia mendengar lagu metal semasa dalam bilik bersalin untuk menenangkan dirinya.

Namun setelah menyedari tindakannya ‘salah’, Dyn berkata dia memainkan pula ayat-ayat Quran dan berkongsi earpiece bersama isterinya, dengan harapan ia dapat memudahkan proses bersalin.

Dalam lebih kurang sejam, anak ketiga mereka selamat dilahirkan.

BIMBANG AKAN KESIHATAN ANAK

Walaupun bayi dalam keadaan sihat, Dyn menyuarakan bahawa dia bimbang jika penularan virus COVID-19 akan menjejas kesihatan anaknya.

“Seperti sedia maklum, sistem ketahanan badan bayi rendah jadi saya takut kalau apa-apa terjadi kepada anak saya.

“Setelah bertemu doktor, dia sarankan agar jangan membenarkan saudara-mara atau rakan-rakan yang melawat untuk mendekati bayi sehinggalah dia sudah ‘kuat’.

“Saya faham ini agak sensitif tapi saya harap mereka dapat memahami,” ujar Dyn.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 6 Mac 2010 dan mempunyai dua lagi orang anak — Elkiraz Sodiqin, 9 tahun dan Abyaz Sodiqin, 3 tahun.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Dulu Kerja Pengangkut Sampah, Kini Dapat Masuk Havard

Bella Gagah Melahirkan Anak Bersendirian Kerana Sempadan Dua Negara Ditutup