in

Isteri Dibelasah Suami Hingga Maut Selepas Bertengkar, Dapat Tahu Dirinya Dimadukan Di TikTok

Seorang isteri maut dibelasah suaminya gara-gara kecurangan sang suami. Beliau dijumpa dalam flat Pelangi Damansara pada hari Isnin. Mangsa berumur 40 tahun itu dipercayai cemburu apabila mendapat tahu tentang madunya melalui video TikTok.

Suaminya, seorang warga asing berumur 29 tahun mempunyai isteri kedua berumur 45 tahun yang juga merupakan warga asing.

Menurut Asisten Komisioner polis Nik Ezanee, mangsa tersebut ditumbuk dan ditampar berkali-kali hingga tidak bergerak oleh suaminya semasa pergaduhan yang tercetus.

Warganet memberikan pendapat mereka terhadap tragedi tersebut.

Antara kecaman yang diberikan berbaur perasaan marah.

Polis menerima panggilan sekitar 7.30 pagi pada keesokan harinya yang memaklumkan kematian wanita tersebut. Mayat beliau dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Bertindak atas hasil maklumat, polis menahan suaminya serta seorang lagi wanita yang merupakan isteri kedua lelaki itu. Polis juga telah merampas beberapa unit telefon bimbit, barang kemas dan pakaian.

Siasatan masih dilanjutkan dan suspek telah direman untuk 6 hari di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Luahan Wartawan: Dasyat eh kau. Kirakan nak sugarmummy yang halal la, jadi nikah kedua-duanya sekali, gitu?

I mean both your wives are in their 40s. Anjirr.

Semua media sosial ada baik buruknya, tergantung pada individu lah. Tapi pada zaman sekarang ni, ramai yang terjebak dengan gejala sosial akibat penggunaan media sosial.

Amarah ni membawa padah. Benda boleh bawak bincang, kau pakai tangan untuk rembat. Amacam? Tali gantung la jawabnya mas.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Peguam Daerah Lupa Tukar Gambar Kucing Semasa Prosiding Mahkamah, Hakim Terkejut

Pengguna Android Merupakan Pasangan Lebih Baik, Ini Adalah Sebabnya Mengapa