in

Isteri Carikan Calon Untuk Dimadukan

Sumber: Zarra Zulkefly

“Saya sedang mencari isteri kedua untuk suami saya. Jika anda ada rakan solehah yang boleh dijadikan calon, tolong beritahu saya,” catat ibu anak satu di Twitter.

2 Julai lalu, Zarra Zulkefly (@mamiarrian) memaklumkan kepada warga  Twitter bahawa dia sedang mencari pasangan baharu buat suaminya, yang dikatakan seorang jejaka yang baik dan penyayang.

Suami yang baik dan penyayang.

Difahamkan, Tweet tersebut dimuat naik kerana Zarra “tahu isi hati” suaminya.

REAKSI WARGANET

Lantaran itu, warganet mula memberi semangat dan virtual love kepada Zarra.

Ada juga yang berharap agar Zarra dapat berfikir masak-masak sebelum menerima mana-mana calon kerana hidup bermadu ‘menyakitkan’.

Sebaliknya, ada sebilangan warganet yang mengambil peluang tersebut untuk mencari pasangan hidup.

Namun, ada yang mengesyaki bahawa Tweet berkenaan sekadar social experiment sahaja.

Setakat hari ini (6 Julai), Zarra masih belum memberikan kemas kini tentang sama ada dia sudah menemui bakal madunya atau tidak.

Luahan wartawan: Sounds like a social experiment sebab dia businesswoman and maybe, ni marketing strategy untuk dia promotekan business dia.

Tapi kalau dia legit cari perempuan lain untuk suami dia, syurga buatmu sis.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Terlelap Atas Motosikal, Mahasiswa Meninggal Dalam Kemalangan

Ngeri, Kanak-kanak Sabah Bersahaja Mandi Sungai Bersama Dengan Buaya