in

Iklan Raya Promosikan Judi Dikecam Warganet, Pelakon Video Menggelupur Mintak Maaf

Sebuah iklan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mempromosikan aktiviti perjudian dikecam warganet.

Klip berdurasi dua minit itu menyinggung sentimen umat Islam kerana telah menggunakan pelakon yang dipercayai warga Muslim untuk menggalakkan tabiat berjudi.

Iklan tersebut dipercayai cuba mempengaruhi umat Islam untuk berjudi dengan meraih wang berganda sempena sambutan Hari Raya.

 

Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya, banyaklah wang boleh dimenangi,” – Bait lirik daripada iklan tersebut.

Setelah dikecam teruk, pelakon-pelakon tersebut tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara sebenar.

Menurut laporan mStar Online, pelakon-pelakon tersebut mendapat tawaran rakaman music video sempena Hari Raya.

“Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka… malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,” kata salah seorang pelakon pembantu.

5 pelakon terbabit dalam MV tersebut beragama Islam dan mereka hanya menyedari iklan itu mempromosikan judi pada hari penggambaran.

Mereka meluahkan rasa kesal kerana tidak berani menarik diri daripada meneruskan penggambaran tersebut.

“Kami desperate, freelance macam kami terjejas teruk. Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat. Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit… kami freelancer.”

Warganet bagaimanapun tidak menerima penjelasan mereka.

Kes masih dalam siasatan dan 8 orang terbabit dalam produksi MV tersebut ditahan polis.

Luahan Wartawan: The sad part is that they were paid RM 180 for the ad.

Aku faham freelancers memang kena hustle tapi untuk RM180 kau masih nak buat projek tu, it reeks of desperation to me.

The company is definitely sly and clearly has no respect for the sacred month or Muslims, even in the name of wanting an ‘authentic ad’ feel.

How badly are these people affected by the pandemic? I don’t agree with the act but spare a thought for the actors’ situation right now.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Bukan Kali Pertama Ayam Mentah Diletakkan Di Atas Lantai

Lelaki Diburu Polis, Rakam Video Dera Anak, Pijak Leher