in

IG McSenget Tular, Muat Naikkan Burger Paling Tak Senonoh Yang Dibuat Di Singapura

I am lovin’ it~

Pasti anda pernah diberikan burger yang senget di Mcdonalds, terutama sekali burger Filet-O-Fish ataupun McSpicy.

Akaun Instagram, yang dipanggil @mcsenget, menyimpan rekod burger McDonald’s yang terang-terangan ditemui di Singapura.

Menerusi sorotan Instastories mereka, McSenget berkongsi bahawa mereka telah mendokumentasikan pengalaman mereka dengan burger senget daripada Mcdonalds sejak 2016.

Setakat April, mereka telah berjaya merekodkan lebih daripada 100 kiriman burger senget warganet.

Untuk menyambut posting burger senget ke 100, McSenget menyenaraikan 5 burger paling senget yang pernah diberi kepada pelanggan Mcdonalds.

Sumber: Instagram, @mcsenget

Melalui kiriman undian fans mereka, ranking burger tersenget adalah seperti berikut.

1. SunPlaza Sembawang – Filet-O-Fish yang disiapkan oleh cawangan McDonald’s Sun Plaza menguasai tempat teratas dengan 632 undi.

2. Hillion Mall, Bukit Panjang – Cawangan di Hillion Mall menang 336 undi dengan keju terpinggir. Kesian tengok keadaan Filet-O-Fish tu, macam jadi mangsa kemarahan seseorang.

3. Marina Cove, East Coast Park – McSpicy tergelincir yang disediakan cawangan Marina Cove ni dapat tempat ketiga dengan 175 undian.

4. JEM, Jurong East – Jenga but make it double Filet-O-Fish. West siders boleh claim burger senget paling creative dengan 126 undian.

5. United Square, Novena – Cheeseburger dengan jambul “armani” meraih 116 undian.

Sesiapa yang ingin menghantar kiriman burger senget mereka boleh mengikut panduan yang diberikan McSenget.

Sumber: Instagram, @mcsenget

Mana tahu kiriman anda boleh menjadi burger senget seterusnya Singapura. Dan akhir sekali, laman Instagram sama sekali tiada kena mengena dengan jenama McDonald’s dan ia hanyalah satire.

Luahan Wartawan: Selalunya jadi mangsa senget ni Filet-O-Fish.

Is it cos it’s slippery?

The fact that the page has over 4k followers shows Singaporeans find solidarity in having been served a senget burger.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Kurang Upaya Bukan Penghalang, Buka Khidmat Penghantaran Sendiri

Pendengar NJU Bantu Nur Insan Kumpul Lebih Daripada $200,000 Dalam 14 Hari