in

Ibu Tunggal Enam Anak Diusir Keluar, Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Sumber: Facebook

Malaysia – Ianya tidak sukar untuk mendapat bantuan daripada keluarga ataupun rakan jika kita berada di dalam keadaan yang susah. Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membalas budi mereka.

Namun, bagaimana kalau kita keseorangan dan tidak mempunyai alternatif yang lain?

KEADAAN DARURAT

Seorang aktivis yang bernama Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai “Uncle Kentang”, berkongsi tentang keadaan seorang ibu tunggal di pautan Facebooknya.

Sumber: Facebook

Ibu yang berusia 30 tahun itu telah diusir oleh tuan rumahnya dan dibuang kerja semenjak bulan Mac oleh kerana peraturan PKP.

Beliau terpaksa tinggal di dalam kereta dan mandi di sebuah stesen minyak di Rasa, Hulu Selangor demi menyara kehidupannya dan keenam anaknya yang berusia antara 5 bulan hingga 14 tahun.

Keadaannya bertambah buruk kerana dia dalam proses penceraian dan disyaki menghidapi kanser payu dara.

2 daripada anaknya juga menghidapi penyakit kronik. Satu mempunyai jantung berlubang dan lagi satu menghidapi ketumbuhan di leher.

BANTUAN

Mujurlah, pos “Uncle Kentang” dapat menarik perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

VIRAL : Ibu dan anak kecil tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa…

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Monday, June 22, 2020

Pihak mereka telah menyumbang RM500 untuk membiayai keperluan keluarganya.

Sumber: Facebook

Dengan bantuan tambahan daripada Darul Jariyah, keluarganya telah ditempatkan di sebuah hotel di Bukit Beruntung sambil menunggu bantuan seterusnya daripda LZS.

Luahan wartawan: Wow, this is awesome!  It’s nice to see how people are helping out during this tough time. I hope she overcomes this ordeal.

Slowly, things are looking up and the world is healing.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Terpaksa Tutup Butik, Wak Doyok Buat Sale Serendah RM1

Thailook Braces Tiada Bukti Keberkesanan