in

Hendak Hidup Bersama Isteri Kedua, Imam Muda Ceraikan Isteri Pertama, 2 Hari Lepas Sambut Anniversary Ke 13

Imam Muda Syed Mohd Faris menceraikan isteri pertamanya dua hari selepas menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 tahun kerana hendak hidup bersama isteri keduanya, yang dinikahi secara senyap di Songkhla, Thailand, 18 Mac lalu.

Finalis program Imam Muda musim kedua ini menceraikan Nur Hidayu Rosly dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei.

DIKASARI MADU

Hidayu, 33 tahun, mendakwa dikasari madunya selepas suaminya bercadang untuk  menceraikan salah seorang daripada mereka.

“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami,” cerita Hidayu kepada Harian Metro.

Diketepikan suami dengan begitu sahaja…

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah.”

Jelas Hidayu, wanita itu menendang, memijak kaki serta memulas tangannya.

“Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya,” kata Hidayu yang ketika itu, baru habis menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelimanya.

SUAMI BERUBAH

Menurut Hidayu, dia mengenali wanita tersebut sewaktu dia dan suaminya  menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018.

Suami berpaling cinta.

“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.

Syed Faris mula menunjukkan perubahan mendadak apabila sering pulang lewat atau tidak pulang ke rumah langsung.

Wang nafkah juga diberi mengikut sesuka hatinya atau tidak diberikan langsung.

PERNAH ‘TRY’ LIMA LAGI WANITA

Sebelum bernikah dengan isteri baharunya, Hidayu mendedahkan bahawa Syed Faris pernah meluahkan hasratnya untuk berkahwin lagi, tetapi diminta untuk berfikir tentang anak-anak.

“Sebelum dengan wanita ini, dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami,” nyata Hidayu.

Bagaimanapun kali ini, Syed Faris meneruskan niatnya malah mendakwa, wanita itu boleh melayannya lebih hebat daripada Hidayu.

Dambakan layanan baik daripada isteri

Syed Faris dan Hidayu dikurniakan lima cahaya mata —

Sharifah Aisyah, 12 tahun; Syed Husayn, 10 tahun; Sharifah Fatimah, 5 tahun; Syed Muawiyyah, 3 tahun; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Nur Hidayu juga pernah mengalami empat keguguran sepanjang perkahwinan mereka.

Luahan wartawan: Ah baguslah suami isteri berdakwah tapi perangai mintak kena maki dengan Azwan Ali. Contoh tauladan lah sangat. Yang satu tak padan dengan anak lima, masih nak geletis dengan perempuan lain. Yang lagi satu tak tau malu. Dah menyondol laki orang satu. Dahtu baru kena gertak sikit dengan suami, terus nak buat perangai, pukul isteri pertama dia.

And of course lah bini baru kau boleh kasi layanan tip-top. Korang kan belum ada anak. Bini lama kau tak boleh treat kau macam raja sebab KAU jugak yang kasi dia mengandung. Cetek sangat akalnya. Baguslah bagus. Imam Muda ni dengan Pencetus Ummah aura ke-19 tu boleh jadi best friends.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

A Unique Experience: Only 10,000 Pilgrims Allowed For Hajj This Year

Allahuakbar, Juara Angkat Berat Latvia Memeluk Agama Islam, Kini Berhijab