in

Guru Praktis Senyum Sebelum Masuk Kelas Tular, Raut Wajah Kepenatan Terpampang Sebelum Masuk Kelas

Lelah dan air mata yang disembunyikan sebalik senyuman hanya demi anak muridnya, video seorang guru tular baru-baru ini di media sosial negeri Cina. Beliau dirakamkan mengesat air mata dan berlatih untuk memberi senyuman yang ikhlas sebelum memasuki sebuah bilik darjah. Insiden menyentuhkan hati tersebut berlaku di Bandar Qinghuangdao, Utara China.

Video 36 saat tersebut dikongsi CGTN itu telah mencairkan hati warganet kerana menunjukkan pengorbanan seorang guru yang sanggup menepikan penat lelahnya dan menyambut pelajar dengan seukir senyuman di wajahnya.

Warganet memuji tindakan guru tersebut yang dianggapkan sebagai keikhlasan seorang guru yang rela berkorban demi anak muridnya.

Ada juga yang meninggalkan komen mengatakan bahawa mereka menghormatinya kerana beliau cuba membawa tenaga positif tidak kira letihnya.

Apabila guru berdedikasi tersebut menemui videonya yang telah tular, beliau berkata bahawa dia tidak mengharapkan untuk menjadi popular di media sosial kerana beliau hanya ingin menjadi guru yang terbaik buat anak muridnya.

Kepada guru-guru diseluruh dunia, harap ini menjadi inspirasi dan tidak berputus asa untuk mendidik pelajar mereka

Luahan Wartawan: Penat lelah seorang guru hilang apabila melihat anak murid yang sentiasa bersedia untuk dididik.

Aku cukup faham guru itu kerana suatu ketika, aku pernah berada di tempatnya. Macam mana penat pun, aku tetap akan cuba berikan yang terbaik buat anak muridku.

I maybe pissed off with the management, exasperated with dealing with some parents but the children are always the priority. It is not easy being an educator.

It takes a big heart to help shape little minds.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Superhero Malaysia, Ustaz Ebit Lew Berikan Kerusi Roda Secara Percuma Bagi Mereka Yang Memerlukan

Amarah Dipalingkan Terhadap Malaysia, Setelah Parodi Lagu Kebangsaan Indonesia Tular