in

Gerai Dapat Award, Netizen Tak Puas Hati, Ungkit Pengalaman Menjamu Selera

Gerai Nenek Obek, sebuah kedai nasi padang popular di Pasar Geylang Serai, telah menerima Anugerah Warisan Penjaja Agensi Sekitaran Kebangsaan NEA pada 11 Januari lalu.

Sumber: Berita Mediacorp

Namun demikian, warganet nampaknya tidak senang dengan pengikhtirafan yang diterima Gerai Nenek Obek khususnya kerana perwatakan para pekerjanya.

SOMBONG NAK MAMPUS

Berdasarkan komen di Facebook, warganet rata-rata menyatakan pelayan-pelayan di sana bongkak.

Memetik pengalaman seorang pelanggan Gerai Nenek Obek, pegerai di sana “tidak melayan” pertanyaannya dan sebaliknya, memberi “muka masam mencuka”.

Komennya juga disetujui seorang lagi pelanggan. Tambah pelanggan tersebut, mak cik yang bertugas di sana “sangat biadab”.

Katanya, dia disuruh “pilih lauk cepat-cepat” dan ketika bertanya harga pembeliannya, mak cik terbabit didakwa berkata:

“Kau leceh. Lain kali jangan beli.”

Adu seorang lagi warganet, ibu bapanya pernah dimarahi perkerja Gerai Nenek Obek.

MAKANAN TAK SEDAP

Warganet juga berkata bahawa lauk-pauk yang dijual tidak enak.

Bahkan, seorang warganet menyamakan kuah rawon Gerai Nenek Obek dengan air longkang.

Ni bukan kuah rawon. Ni air longkang. Sumber: Blogspot

HARGA POTONG LEHER

Tambahan pada itu, warganet berpendapat harga makanan di Gerai Nenek Obek terlalu mahal berbanding kedai-kedai lain.

Hurai seorang pelanggan, nasi rawon di gerai lain cuma berharga $5.50, termasuk caj takeaway.

Namun di Gerai Nenek Obek, pelanggan ini mendakwa mereka mengecaj $2 untuk membungkuskan makanan.

Sumber petikan skrin: Facebook Berita Mediacorp

Menurut laporan Berita Mediacorp, anugerah tersebut — yang disampaikan Dr Amy Khor — diberikan untuk “mengiktiraf usaha Gerai Nenek Obek dalam meneruskan semangat penjaja lebih 30 tahun, menjaga resepi turun temurun serta penyambungan dari satu generasi ke satu generasi”.

Dr Amy Khor. Sumber: Facebook

Apa pendapat korang? Adakah Gerai Nenek Obek layak menerima pengiktirafan daripada NEA? Kongsikan pendapat dan pengalaman korang.

Luahan wartawan: Wah ni minggu banyak complaints pasal kedai Melayu eh….Kedai-kedai lain watch out. Silap hari bulan aku cover pasal kedai kau pulak.

Apape pun, tahniah Gerai Nenek Obek.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Anak Melayu Hebat, Hantar Jenazah Cina Pulang Secara Percuma, Ketika Bapa Mendiang Tak Mampu Bayar

Adik Beradik Kembali Ke Pusara Ibu Pada Sebelah Malam Kerana Terlalu Rindu, Arwah Disemadikan Subuh