in

Gambar Disalah Guna, Undian Ustazah Sebagai Mangsa Gangguan Seksual Tular

Gambar-gambar sekumpulan ustazah setempat didapati telah diedarkan sebagai bahan lucah menerusi sebuah aplikasi.

Hal ini dikemukakan kepada orang awam oleh asatizah Singapura, Ustaz Zahid Zin,  pada sekitar 9 malam tadi (26 Mei).

Asatizah Singapura, Ustaz Zahid Zin. Sumber: Instagram

Berdasarkan petikan skrin yang dikongsi oleh Ustaz Zahid, gambar-gambar ustazah terbabit dimuatnaikkan oleh seorang pengguna yang menyamarkan dirinya sebagai ‘M A’.

Menggunakan kaedah undian (poll), M A melampirkan gambar-gambar mangsa dan membubuh kapsyen: “Ustazah mana yang patut kene gangbang?”

Sumber: Instagram, Zahid Zin

Sejak “undian” tersebut dibuka semalam (25 Mei), lebih 1000 pengguna telah “mengundi pilihan mereka”.

Sumber: Instagram, Fatin Afika

Mengupas hal berkenaan, Ustaz Zahid menyifatkan kejadian ini sebagai “sangat menjijikan”.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Forum Belia Muslim Singapura (MYF) ini juga menegaskan bahawa beliau akan “memastikan mereka yang terbabit akan dipertanggungjawabkan” dan “dikenakan hukuman yang setimpal”.

Turut terkesan ialah Ustazah Fatin Afika, yang telah menyuarakan ketidaksenangan hatinya menerusi IG (Instagram) Story.

Influencer Muslimah, Ustazah Fatin Afika Sumber: Facebook

Luah Ustazah Fatin, meski jijik dengan situasi ini, perasaan beliau sudah “menjadi kaku”.

Sumber: Instagram, Fatin Afika

Jelasnya, sebelum ini, sudah terdapat kes di mana gambar-gambar ustazah setempat dipetik daripada video-video bersifat Islamiah dan dipotong ke bahagian-bahagian tertentu meskipun mereka menutup aurat dengan sempurna.

Tegas beliau, pangkal masalah ini masih belum menemui jalan penyelesaian kerana jikalau akaun tersebut ditutup sekali pun, pesalah masih boleh membuka akaun baharu untuk meneruskan kegiatan jijik mereka.

Tambahnya, masalah ini hanya boleh diselesaikan jika generasi seterusnya “melakukan sesuatu dengan lebih baik”.

Sumber: Instagram, Fatin Afika

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan semoga “para ustazah dilindungi daripada segala kezaliman.”

Sumber: Instagram, Fatin Afika

Wartawan sedang menantikan perincian lanjut daripada Ustaz Zahid dan Ustazah Fatin.

Luahan Wartawan: Tak cukup ke content yang sedia ada? Kenapa kena gunakan gambar-gambar ustazah sebagai bahan? Where’s the respect for our asatizahs? Tak ke kau rasa hina fantasising over a photo of an ustazah preaching about the religion?

Keep your fantasies to yourself. We don’t wanna know. Have some respect untuk kaum wanita and some self-dignity.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Peminta Derma Biadap, Cakap “Besar Punya P******k!” Bila Tak Dapat Derma

Pelanggan Mengadu Nasib, Barang Dihempas, Kemik Setelah Gunakan Khidmat J&T Express