in

Dulu Dikasihani, Kini Dikecam, Netizen Korek Cerita Sebenar Abang Burger Dikompaun

Kisah Abang jual burger kena kompaun RM 50 000 menjadi perbualan hangat beberapa hari lepas. Namun pendedahan mengejutkan melalui kiriman Twitter Mentor Yazid membuat orang ramai tertanya-tanya adakah mereka sudah di ‘scam’ oleh cerita sedih yang diwawarkan media.

Warganet turut berkongsi kisah lepas yang mana individu ini sering melanggar peraturan yang telah pun ditetapkan terutama sekali daripada waktu PKP dimulakan.

Beberapa screenshot juga turut dimuat naikkan menunjukkan kemampuan abang burger ini. Antaranya gambar beliau berbelanja besar ketika menjamu selera.

Tetapi ada di kalangan warganet yang masih bersangka baik terhadap abang itu.

Caprice juga turut memberi pendapat dan berseloroh bahawa ada di kalangan mereka yang memerlukan dikenakan saman

Sumber: Instagram, @capriceofficial

Tidak tahan dek tohmahan yang dilontarkan oleh netizen, Abang Burger sendiri tampil dan memohon agar warganet berhenti menyiasat tentang dirinya.

Menurut laporan Sinar Harian, isteri kepada Wan Mohd Faisal, Norlaili Shafii berkata rumah dan kereta mereka adalah hasil pencarian rezeki secara gigih selama 16 tahun.

“Rumah ini hutang dengan adik-beradik dan mertua lebih RM16,000 belum terbayar, mujur adik memahami. Saya jual barang kemas untuk bina rumah ini, 306 meter persegi, tiga bilik saja pun.

“Mungkin binaan dari luar kelihatan seperti banglo mewah. Kereta beli tahun 2018, bukan hak saya, hak bank, masih hutang. ALLAH Maha Besar, saya sudah tidak mampu jelaskan satu persatu, cukup-cukuplah tu, katanya.

Beliau menjelaskan lagi mengenai gambar “makan besar” daging Tomahawk yang tular di media sosial.

“Adik saya mengandung, mengidam. Kami makan sekeluarga lebih 10 orang. Kongsi bayar bil. Itulah kali pertama saya makan steak mahal di sebuah restoran bersebelahan Kota Darul Naim. Sebelum Covid-19, saya berniaga bermula jam 6 petang sehingga 4 pagi. Pendapatan kami terjejas sejak setahun lalu kerana pandemik. Berhentilah siasat sebab boleh jadi fitnah,” tegasnya.

Luahan Wartawan: Plot twist habis kalau betul-betul abang ni menagih simpati kerana kedegilannya sendiri.

Tapi kita husnuzon, isterinya pun dah memberi keterangan. RM50,000 memang berat untuk dibayar orang awam. Tak kira lah kalau kena saman first time ke pasal degil nak langgar SOP.

Orang memang boleh ada kereta, rumah besar but that just means that they are asset rich. Not everyone is cash rich and can drop 60k in a blink for going against SOP for an event.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Terkesan Dengan Berita Krew KRI Nanggala Yang Terkorban, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu Keluarga

Kurang Upaya Bukan Penghalang, Buka Khidmat Penghantaran Sendiri