in

Dikecam Hebat Menguji Kesetiaan Wanita Dengan RM20,000, Bros Gang TV Memohon Maaf

Para ahli Bros Gang TV dikecam hebat netizen setelah menghasilkan video menyogok seorang gadis dengan RM20,000 (S$6488.92) semata-mata untuk menguji tahap kesetiaan wanita terbabit terhadap teman lelakinya.

Dianggap keterlaluan, netizen tidak berpuas hati dengan cara wanita berkenaan dilayan malahan, ada juga yang menuduh Bros Gang TV membuat-buat cerita.

KENYATAAN BROS GANG TV

Bagi menenangkan keadaan, lelaki-lelaki di sebalik Bros Gang TV mengeluarkan video penjelasan dan menyatakan bahawa video berkenaan cumalah lakonan semula yang diadaptasi daripada kisah yang pernah didengari mereka.

Menerusi video 20 minit itu juga, Bros Gang TV menekankan bahawa episod keempat dalam siri ‘Experiment Gold Digger Test’ sekadar hiburan sahaja.

Mereka selanjutnya mendakwa netizen telah membuat “anggapan tidak masuk akal” tentang video tersebut, bahkan ada yang membuat pernyataan palsu tentang watak pembolot harta yang diketengahkan.

REAKSI WARGANET

Bagaimanapun, warganet tetap tidak berpuas hati dengan tindakan Bros Gang TV dan menyifatkan mereka sebagai “Youtubers sampah”.

Ada juga yang mempersoal mengapa Bros Gang TV menutup wajah-wajah tetamu di dalam video berkenaan.

BROS GANG TV TETAP FLY

Meski ramai yang membenci, video-video Bros Gang TV tetap mendapat jumlah tontonan tinggi.

Episod yang tidak disukai ramai, “Experiment Gold Digger Test 4 : GF Ditawarkan RM20,000 Menjadi Artis Rakaman, SETIA ATAU CURANG” telah meraih 2 juta tontonan sejak ia dimuat naik minggu lalu.

Video penjelasan mereka pula telah menjana 555 ribu tontonan dalam tiga hari.

Luahan wartawan: Tak suka tapi tengok. Geram aku. Tak suka janganlah tengok. Pergilah hadap drama slot Akasia. Aku tak faham apa yang penonton nak. Bila orang buat content controversial, audience kata kurang ajar, nak ikut budaya barat. Bila orang buat drama anak Dato’ kahwin dengan budak kampung, netizen kata boring, Melayu tak maju. Eh korang buat content sendiri jer lah macam tu.

Suka hati Bros Gang TV lah dorang nak buat story apa sekali pun. Dah itu brand dorang. Aku repeat. Tak suka jangan tengok. Their videos bukannya merosakkan akhlak pun. Dah sah-sah benda gini scripted. Apa yang korang menggelupur sangat? Jangan jadi bodoh lah.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Harus Ada 500,000 Followers Sebelum Dapat Job TV, Pelakon Mempertimbangkan Beli Followers

Tik Tok Video Of Man Touching And Peeking Into Young Girl’s Dress Raises Ire Of Netizens