in

Dicabul Oleh Rakan Bapa Sendiri

“Kenapa Uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?”

Begitulah rintihan seorang budak perempuan kecil kepada ibunya.

Dr Redza Zainol, seorang doktor pediatrik, mengongsikan kisah tragik melalui posting Facebook, dimana pesakit kanak-kanaknya telah dicabuli oleh rakan bapanya sendiri.

“Kenapa uncle S tonyoh muka kakak pada kemaluan dia?”Ibunya terdiam. Tergamam dengan soalan anak perempuannya….

Posted by Redza Zainol on Saturday, June 20, 2020

 

Menurut Dr Redza, perlakuan jijik itu terbongkar apabila pesakit beliau mengadu kepada ibunya. Melihat reaksi ibunya yang tergamam, soalan itu diulangi beberapa kali oleh budak perempuan tersebut kerana inginkan penjelasan.

Ibunya mula mempercayai anak perempuannya telah dicabul setelah soalan tersebut diulangi. Dr Redza terkilan melihat reaksi bapa budak itu menggigil sambil menahan air mata apabila mereka menjelaskan perkara yang berlaku.

Pasangan suami isteri itu seolah-olah tidak percaya anak mereka menjadi mangsa nafsu serakah teman mereka sendiri. Mereka telah melaporkan kejadian tersebut di balai polis.

Dr Redza menasihati ibubapa supaya sentiasa peka terhadap sesiapa pun yang selalu mengunjungi rumah kerana tidak tahu akan niat mereka terhadap keluarga.

Beliau juga memberi beberapa panduan untuk diikuti sekiranya kejadian yang sama berlaku terhadap keluarga mereka.

Luahan Hati Wartawan: Hati aku meledak bila aku baca.

Kalau terjadi dekat budak-budak dalam jagaan aku, mati aku kerjakan ni setan. Lepas tu campak dia dekat balai polis.

Binatang pun tak akan lepaskan nafsu buas ia dekat anak binatang lain. 

Sebagai manusia, kita diberikan akal fikiran dan itu yang bezakan kita dari binatang. Ni dengan anak kawan sendiri pun nak makan. Syaitan bertopengkan manusia betul.

Pedophilia is a disease and it recognizes no gender. Budak lelaki pun jadi mangsa. The sad part is that pedophilia is alsoa multimillion industry with the porn and trafficking related to it.

It’s happening because of demand. There are sick individualsin this world who consumes such depraved content and they are walking amongst us.

Put a stop to it if you are aware of such incidences.

Macam Dr Redza kata, kena sentiasa peka. Dengar kalau kanak-kanak mengatakan yang mereka tak selesa dengan sesiapa pun ataupun diorang complain sakit ke, takut ke.

Observe the children and slowly get them to  talk.

Ingat, kanak-kanak adalah amanah Allah. Jangan sesekali menganiayai mereka. By doing so, you are disobeying His commands and murdering your own morality.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Niat Kejut Kawan Untuk Bangun Subuh, Lain Pula Yang Menyahut

Viral, Buka Kedai Jual Durian Di Tanah Perkuburan