in

Darren Mak, Podcaster Plan B, Antara Individu Yang Anjurkan Sidang Belia ASEAN 2021

Podcaster tersohor Plan B, Darren Mak, bersama jawatankuasanya daripada Jamiyah Singapura telah berjaya menganjurkan Sidang Belia Asean pada hujung minggu lalu, 29 Mei.

Selaku naib pengerusi sidang ini, Darren berbesar hati kerana dapat memberi wadah kepada lebih 220 belia dari serata Asean untuk berbicara tentang masalah-masalah yang dihadapi belia masa kini.

Dikelolakan secara maya, sidang dua hari ini mengupas tema ‘Kewarganegaraan Aktif’ dan ‘Media Sosial’.

Mengupas lanjut tentang isu-isu yang diketengahkan, Darren, yang menjadi sukarelawan di Jamiyah Singapura sejak 2018, berkongsi bahawa beliau mendapati topik mengenai berita palsu dan penyimpangan maklumat menghasilkan perbincangan paling banyak.

Jelasnya, ramai peserta bimbang akan kesan kerosakan yang boleh berlaku di peringkat nasional disebabkan oleh penyimpangan maklumat, lebih-lebih lagi pada waktu meruncingkan seperti kini.

Tambah siswazah Universiti Nasional Singapura ini, para peserta turut mempersoalkan jika konsep berita palsu itu sendiri dapat dijadikan senjata untuk membungkam “rakyat normal” yang ingin terlibat dalam perbincangan kritikal mengenai masyarakat mereka.

“Saya dapat melihat sendiri bahawa ada ramai anak muda prihatin yang ingin cari jalan keluar bagi masalah-masalah ini.

“Selagi kita terus berkolaborasi, tidak hanya dengan pemuda lain tetapi juga dengan institusi dan organisasi yang lebih besar dan berpengalaman, kita akan sentiasa bersedia untuk menangani masalah sebagai masyarakat yang bersatu padu,” kata Darren.

Selain berjaya memberi ruangan buat para belia untuk menukar pendapat dan pandangan, Darren turut bangga kerana sidang ini telah mendapat respons baik daripada para peserta.

“Sidang ini bukan sahaja telah membolehkan para peserta untuk mengembangkan rangkaian mereka.

“Malah, kami mendapat sambutan yang begitu baik sehinggakan ada peserta yang hendak bekerjasama dengan organisasi di negara masing-masing untuk menganjurkan acara serupa pada masa hadapan,” kata Darren, yang berharap untuk menjalankan sidang ini secara fizikal pula jika keadaan mengizinkan.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Cuma Boleh Masak 3 Kali Sahaja, Bau Masakan Jadi Punca Perbalahan Jiran Tingkat Atas

NJU Lancarkan Ibadah Qurban Di Kenya Dan Indonesia Untuk Penduduk Fakir Miskin