in

Dapatkan Keizinan Daripada Bapa Sebelum Adakan Hubungan Seks, Kenyataan Doktor Mendatangkan Amarah

Sumber: Newsclick

Kenyataan presiden organisasi hak wanita, Dr Rafidah Hanim Mokhtar dari International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) mengenai keizinan melakukan hubungan seks telah mengamukkan pengguna-pengguna Twitter, khususnya dari Malaysia.

Dua hari lepas (8 Jun), Dr Rafidah memuat naik Tweet:

โ€œMarilah kita hormati dan lindungi diri kita dengan (memahami) definisi keizinan (seks) yang betul.โ€

Dia juga menambah:

โ€œSatu-satunya jenis keizinan seksual yang sah adalah keizinan formal yang diperoleh di hadapan bapa gadis (atau) penjaga dan dua saksi, berasaskan komitmen untuk menjalinkan hubungan stabil dan saling menyayangi.โ€

Seolah-olah menyamakan keizinan seks dengan persetujuan nikah, warganet berdebat dengan pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia itu.

Ada yang memperlekehkan status Dr Rafidah:

Dan ramai yang berpendapat, sama ada wanita itu sudah berkahwin atau belum, keizinan seks seharusnya datang daripada empunya badan, dan bukanlah daripada bapa atau para saksi.

Bahkan, Datin Paduka Marina Mahathir, seorang aktivis dan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik kenyataan Dr Rafidah:

โ€œJadi badan seorang wanita milik bapa/penjaga dan dua lagi saksi lelaki? Menghormati dan melindungi? My foot!โ€

Susulan komen Datin Paduka Marina, Dr Rafidah memberikan penjelasannya:

โ€œ1. Poster tersebut adalah tentang rukun nikah dalam Islam.

2. Ini adalah konsep KEIZINAN HUBUNGAN SEKSUAL yang harus dilakukan dalam perkahwinan.

3. Ini untuk memperbetulkan kenyataan yang salah tentang persetujuan untuk seks luar nikah.โ€

Namun begitu, Dr Rafidah tetap dikecam warganet yang berkata, topik tentang keizinan melakukan hubungan seks dan seks luar nikah adalah dua topik berbeza yang tidak seharusnya digabungkan dalam satu perbualan.

Meskipun ramai membantah, tetap ada sebilangan warganet yang bersetuju dan menyokong tweet-tweet Dr Rafidah.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Berkenalan Di Media Sosial, Ternikah Lelaki Yang Menyamar Sebagai Wanita

Koleksi Beg Rosmah Musnah Akibat Kecuaian Pegawai