in

“Cukuplah Menghina Saya” Wanita Ini Bertekad Ambil Tindakan Guaman Setelah Paras Rupa Dikecam

Sejak kecil lagi, Nur Syahirah Saimen, yang dilahirkan dengan bibir sumbing, kerap menjadi bahan ejekan orang-orang di sekelilingnya.

Ini bukan sahaja menyebabkan beliau sering kali menangis malahan, pernah terlintas di benak Syahirah suatu ketika dahulu untuk mengambil nyawanya sendiri.

Panggilan ‘sumbing’ dan ‘cacat’ seolah-olah menjadi nama samarannya, dan ketika keluar berjalan-jalan, beliau perlu menahan renungan daripada orang awam.

Walaupun ia suatu perkara yang zalim, hakikatnya ini adalah situasi yang perlu diharungi Syahirah setiap hari.

Dan 33 tahun kemudian, nasib Syahirah masih tidak berubah.

Pada 18 Mei, Syahirah menjadi mangsa buli siber dua orang lelaki dewasa di TikTok menyusuli pos videonya menyahut sebuah cabaran tarian.

@syahirahsaimen

#HariRayaSelamat again 💃🏻@wismageylangserai

♬ Wisma Geylang Serai – Wisma Geylang Serai

DIPANGGIL GREEN GOBLIN

Berdasarkan petikan skrin yang dimuat naik di Facebook Syahirah petang semalam (24 Mei), pengguna TikTok @jalilramla pada mulanya tag seorang lagi pengguna, @leavocadosg, untuk menonton video Syahirah.

@leavocadosg kemudiannya berkata bahawa dia ‘menyangka’ Syahirah menggunakan filter.

Membalas komen @leavocadosg,  @jalilramla berkata dia “kasihan melihat keadaan Syahirah”.

Bengang, Syahirah mendesak agar kedua-dua pihak “berterus terang sahaja”.

Namun, daripada berhenti melontarkan hinaan, @leavocadosg meneruskan untuk berkata:

“Jalil (@jalilramla) apologise to the green goblin now. Nanti jadi ape pulak transform. Tachod I.”

Geram membaca komen-komen yang menyerang dirinya, Syahirah menghantarkan mesej privet kepada mereka, yang kebetulan merupakan adik beradik, untuk mendapatkan penjelasan dan permohonan maaf .

Dalam mesej yang dikirimkan, Syahirah turut mencabar @leavocadosg untuk bersemuka dengannya. Katanya:

“Got balls tell me straight forward. Kalau berani, meh datang kutuk aku depan muka aku.”

Namun, pasangan adik beradik ini ternyata no balls kerana kedua-dua mereka sebaliknya tidak menghiraukan mesej Syahirah malahan juga, telah menyekat Syahirah di wadah-wadah media sosial.

ADUAN POLIS

Bagi meleraikan masalah tersebut dan untuk melindungi dirinya, pegawai khidmat pelanggan ini memfailkan aduan polis ke atas kedua-dua individu pada 19 Mei

Malah, Syahirah juga berkata bahawa dia tidak teragak-agak untuk menyaman mereka sekiranya mereka tidak memadam komen-komen mereka, dan tidak memohon maaf atas apa yang telah mereka katakan tentang rupanya.

REAKSI WARGANET

Kisah gangguannya ini telah dikongsikan di Facebook semalam, di mana posnya telah meraih lebih daripada 600 kongsian.

Ada beberapa pengguna yang mengutuk perbuatan @leavocadosg dan @jalilramla dan menyokong tindakan Syahirah.

Ada juga yang berharap agar Syahirah, yang memaklumkan bahawa gangguan mereka telah menyebabkan dirinya menghidapi tekanan emosi, gastrik dan migrain, kekal tabah.

Menurut Syahirah, kisah ini dikongsikan kepada orang awam sebagai cara untuk memaklumkan kepada @leavocadosg dan @jalilramla bahawa dia masih menantikan permohonan maaf daripada mereka.

PERMOHONAN MAAF

Hanya setelah pekung mereka ditularkan, @jalilramla akhirnya menghubungi Syahirah malam semalam untuk meminta maaf.

Sewaktu ditemu bual wartawan Plan B, Syahirah mendedahkan mesej-mesej kiriman @jalilramla.

Menukil kata-kata @jalilramla, dia telah “bercakap dengan adiknya (@leavocadosg) tentang komen-komen yang dimuat naik dan adiknya berasa bodoh kerana bertindak sedemikian rupa.”

Tambahnya, kelakuan adiknya “salah dan kebudak-budakan” dan dia pasti, kedua-dua Syahirah dan pihaknya mahukan “kesejahteraan”.

Atas permintaan Syahirah, @jalilramla juga telah menyuruh adiknya untuk video permohonan maaf di TikTok.

@jalilramla juga telah memadam komen-komen mereka.

Video permohonan maaf @leavocadosg turut dikongsikan di Facebook Syahirah.

Berikut merupakan transkrip permohonan maaf @leavocadosg:

 

“Assalamualaikum semua. Recently I have commented nasty things on @syahirahsaimen. She made a video of her dancing on (sic) a hari raya song. Her intention was trying to entertain us but I took that as a joke and I commented nasty things. I sincerely apologise of my wrong doings ok. And I shouldn’t have done that to anyone or people out there on their appearance (sic). So sorry.”

SYAHIRAH LEGA

Luah Syahirah kepada wartawan, dia akhirnya boleh tidur nyenyak malam ini kerana dia sudah “mendapat apa yang dia mahukan”.

“Niat saya mengongsi video tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pembulian siber. Saya berpuas hati.

“Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa @jalilramla telah menolak balak kepada adiknya.”

Buat masa ini, Syahirah belum mendapat pengemaskinian daripada pihak polis. Tambah Syahirah, dia tidak akan menyaman kedua-dua adik beradik itu.

Wartawan telah mengirimkan mesej privet kepada @jalilramla untuk mendapatkan keterangan namun, akaun Facebooknya telah dipadamkan sejurus setelah mesej dihantar.

Sumber Gambar: Nur Syahirah Saimen

Luahan Wartawan: Ada akal tak boleh pakai.

Macam cb. Aku marah gila. Ikutkan aku nak maki all the way jer tapi boss aku suruh aku professional. Dia cuma kasi aku cakap cb sekali jer. Ikutkan aku nak spell in full tapi takpe.

Anyway, apa masalah kau sebenarnya? Dah buat taik, tak nak mintak maaf. Kalau ego tu tinggi sangat, janganlah cari pasal in the first place. Dahtu bila dah viral, baru menggelupur nak mintak maaf. Then your apology also like half fuck tengok ah aku termaki lagi. Aku tak boleh take it ah gais.

Aku paling tak faham abang dia. Aku kasi adik dia muka ah dia macam masih boi. Mulut mak nenek tapi sebab kau nampak muda, aku tak whack kau dulu. Ini abang dia ni. Dia yang start. Dahtu he threw his adik under the bus. Tak guna siak serious aku kalau ada abang gitu aku sepak dia pey muka.

I mean this is basic. Budak 7 tahun pun tau. Jangan make fun of people lah. And kalau dah buat salah tu, just admit and mintak maaf

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Hantar Pesanan HBB, Agihkan Makanan Percuma, Walaupun Berkerusi Roda

Shah Iskandar Tayang Badan, Hendak Buka OnlyFans?