in

Caprice Tamatkan Zaman Bujang Secara Senyap Dengan Wanita Pilihan Hati

 

Penyanyi rap sensasi Malaysia, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati, Farra Inalis yang berusia 26 tahun.

Menerusi instastory yang telah dimuatnaikkan oleh seorang pengguna Instagram @yasserpink, yang berkongsi gambar memaparkan Caprice serta pasangan mengenakan pakaian serba putih di atas pelamin sambil menyarungkan cincin.

Sumber: Instagram, @yasserpink

Penyanyi rap yang berusia 33 tahun itu telahpun bernikah secara senyap sehinggakan pengurus beliau, Aiman, tidak dapat mengesahkan berita ini apabila dihubungi wartawan Malaysia.

“Saya tidak boleh nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalua orang kongsi gambar dia (berkahwin), sarung cincin di jari wanita, maksudnya memang betullah dia kahwin”, kata Aiman kepada wartawan apabila ditanya tentang pernikahan ini.

Turn Of The Century Cbc GIF by Murdoch Mysteries - Find & Share on GIPHY

Menurut pencarian di media sosial, terdapat beberapa gambar nikah yang telah dimuatnaikkan di media sosial wanita yang dikahwini Caprice, @farra_inalis.

Sumber: Instagram, @farra_inalis

Para netizen masih lagi menunggu bagi yang empunya diri untuk bersuara. Walau apapun, tahniah Caprice! Selamat menempuhi alam perkahwinan bersama isteri tercinta.

Listen to Plan B’s Podcast this week! 

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

AirAsia Sparks Netizens Ire For Refusing To Refund Unused Flight Tickets

Netizens Outraged By Grab Super App Outage