in

Caprice Minta Maaf Kepada TMJ, Ustaz Ebit Lew, Dan Rakyat Malaysia

Penyanyi rap Malaysia, Caprice, meminta maaf secara terbuka di Instagram setelah mencetuskan kontroversi yang membabitkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, dan kerajaan Malaysia.

Dalam posnya pagi tadi (19 Julai), penyanyi ini memohon maaf kepada Tunku Ismail Idris, yang lebih dikenali sebagai TMJ, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussien serta Ustaz Ebit atas kekhilafannya.

“Caprice mohon maaf atas kesilapan Caprice di mana terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestin, dan demi rakyat Malaysia.

“Apa yang berlaku adalah kesilapan Caprice sendiri dan pihak lain tidak terlibat,” kata Caprice.

Personaliti 32 tahun ini turut meminta maaf kepada ibu bapanya kerana membuat mereka “risau akan keselamatannya”.

Tambahnya, dia hanya hendak membanggakan kedua orang tuanya.

Sumber: Instagram, capriceofficial

Terdahulu, Caprice menjadi perbualan ramai sejak malam Jumaat setelah mendedahkan “perilaku sebenar” Ustaz Ebit di Instagram.

Katanya, Ustaz Ebit mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di Gaza untuk menguar-uarkan misi kemanusiaanya.

Sumber: Instagram, capriceofficial

Keadaan bertambah hangat setelah Caprice mendakwa Ustaz Ebit menyekatnya di Instagram setelah ditegur.

Sumber: Instagram, capriceofficia

Dua minggu lalu, Caprice berjanji bahawa dia bakal mendedahkan segala “kebenaran” menerusi Instagram ‘live’ pada 21 Julai (Rabu) nanti.

Namun melihat keadaan terkini, tidak pasti sama ada sesi siaran langsung tersebut akan tetap diadakan.

Luahan Wartawan: Am I the only one who finds Caprice annoying? Such an attention seeking chap. Aku tak faham apa masalah dia. Kalau kau really feel there’s a problem, keluarkan jer lah kenyataan rasmi. Send kat media outlets. Kau buat gini, nampak sah nak publisiti murahan.

Daripada kau menyenyeh kat Insta, kaitkan Ustaz Ebit, Neelofa, government lah haper, baik kau tunjukkan to us the good you’ve done. Apa hasil kau selama menjalankan misi kat Gaza?

Since kau look up sangat to Ustaz Ebit, apa kata kau blaja cara dia buat amal jariah. Dia lek jer takde nak dok menyalak tak tentu pasal. Eh temper aku tengok kau, Cap.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Perubat Temui Ajal Selepas Merawat COVID-19 Dengan Cara ‘Menghirup’ Udara Pesakit

Axe Brand Ad Placement Beneath Axe Related Murder Headlines Left A Bad Taste In Netizens’ Mouths