in

Budak Tiga Tahun Tetap Semangat Sambut Hari Lahir Dengan Pisang, Keluarga Tak Mampu Beli Kek

Meski hidup serba kekurangan, keluarga dari Indonesia ini tetap berusaha sedaya mungkin untuk menjadikan hari lahir puteri mereka, Clarisa Putri Sabintang, detik yang istimewa.

Tidak mampu membeli kek sempena hari lahir ke-tiga anak mereka, keluarga ini sebaliknya membuat replika menggunakan periuk nasi, yang ‘dihiasi’ dengan dua biji pisang, sebiji epal dan sebatang lilin.

Walaupun sambutannya ala kadar sahaja, kanak-kanak yang menyarung gaun biru ini tampak ceria menyanyi dan menepuk-menepuk tangan sebelum meniup lilin pada ‘kek’ hari jadinya.

Video ini pada asalnya dimuat naik bapa Clarisa, Abdul Manan, di Instagram beberapa hari lepas degan kapsyen:

“Hari ini hari jadi anak saya. Saya tidak bekerja lagi. Mohon doakan anak saya.”

Sejak videonya dikongsi, ia telah menarik perhatian media dan warganet Indonesia.

Susulan itu, rakyat Indonesia tidak putus-putus mengirimkan hadiah dan kek ke kediaman mereka untuk menceriakan Clarisa.

Dengan bantuan warganet juga, keluarga Clarisa mampu menyambut semula hari jadinya.

Sambutan kali ini pastinya kelihatan lebih meriah dengan hiasan belon, timbunan hadiah, tetamu dan sebiji kek.

Terharu dengan hadiah-hadiah yang dihulurkan kepada anaknya, Abdul Manan mendedikasikan ucapan terima kasih dan mendoakan agar jasa setiap pengirim dibalas dengan kebaikan.

Luahan Wartawan: This is so sweet.

Dapat kek periuk nasi pun dia happy jer. Cute gila dia pose dengan her new soft toys hehe. Bila aku tengok video dia, aku rasa beruntung sangat that I was brought up comfortably. Aku ingat aku ada deprived childhood. Tapi ternyata tidak. I’m just a spoilt brat.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

NJU Lancarkan Ibadah Qurban Di Kenya Dan Indonesia Untuk Penduduk Fakir Miskin

Artis Menjual Karya Patung Yang Tidak Terkelihatan Dengan Harga Lebih Dari 24 Ribu Dollar Singapura