in

Budak 7 Tahun Dihempas Lebih Daripada 20 Kali Dalam Latihan, Terus Koma

Seorang budak lelaki di Taiwan yang dikenali sebagai Huang kini berada dalam keadaan koma selepas didakwa di hempas ke tanah lebih daripada 20 kali berturut-turut semasa sesi Judo.

Warganet melahirkan rasa amarah terhadap jurulatih tersebut.

Ada juga yang mengatakan ibu bapa harus lebih prihatin semasa sesi latihan ganas seperti ini.

Laman web berita Taiwan Liberty Times melaporkan bahawa bapa saudara Huang, yang berada di tempat kejadian semasa latihan, berkata bahawa anak buahnya itu kelihatan berasa tidak sihat dan mengadu berasa loya. Bapa saudara Huang menyuarakan kepada jurulatih kerana bimbang, tetapi jurulatih tersebut tidak mengendahkan beliau, menyifatkan keloyaan Huang itu kerana terlalu kenyang sebelum memulakan latihan.

Jurulatih itu kemudian didakwa mengarahkan dua kanak-kanak lelaki untuk melatih aksi lontaran mereka ke atas Huang.

Huang kemudian meminta jurulatih itu untuk berhenti berulang kali kerana merasa kesakitan di kepala dan kakinya. Jurulatih itu didakwa mengugut Huang untuk bangun, atau jurulatih itu sendiri yang akan menjadi partner sparring beliau.

Menurut laporan tersebut jurulatih itu terus membanting Huang ke tanah enam hingga tujuh kali walaupun Huang telah hilang kesedaran pada kali ke 2. Secara keseluruhan, Huang dibuang ke tanah kira-kira 27 kali.

Apabila jurulatih membawa budak itu kepada bapa saudaranya, Huang kelihatan pucat, dan matanya telah bergolek keatas. Jurulatih itu pada mulanya mendakwa Huang hanya berpura-pura pengsan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang guru. Tetapi jurulatih itu mengatakan pula bahawa Huang mungkin tercekik muntah semasa beliau dibanting dan memerlukan perhatian perubatan.

Huang segera dibawa ke hospital di mana didapati bahawa beliau mengalami pendarahan dalam otak setelah melalui pembedahan.

Doktor menegaskan bahawa kecederaan yang dialami anak kecil itu sama seperti dilanggar kereta, dan Huang mungkin kekal dalam keadaan koma seumur hidupnya.

Keluarganya pada mulanya mahu menutup sistem sokongan hidupnya, tetapi kerana tanda-tanda vital Huang, mereka menangguhkan keputusan itu.

Apabila bapa Huang berdepan dengan jurulatih, jurulatih pada mulanya mengatakan bahawa anaknya memakai gear pelindung semasa latihan. Hanya apabila percanggahan ditemui dalam penjelasannya apabila jurulatih itu mengaku kepada bapa Huang bahawa beliau, bersama dengan dua pelajar lain telah membanting budak itu ke tanah.

Jurulatih yang terlibat kini sedang disiasat.

Luahan Wartawan: It sickens me to read and watch that video.

As a coach or anyone in a teaching position, safety first. How can you continue on when the child was screaming in pain? Are you insane?!

Mari aku banting kau 27 kali, tengok kau mampos ke tak.

Aku setuju dengan sentimen warganet, coach tu patut kena hukuman keras terhadap perbuatan yang tak berperikemanusiaan.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Pengantin Baru Dipuji, Gunakan Teksi Sebagai Kereta Pengantin

Lelaki Jepun Ini Beritahu Tarikh Lahir Berbeza Kepada 35 Temanita Untuk Dapat Hadiah Berbeza