in

Botol Air Ditebuk Dengan Date Rape Drug

Wirot Silabaht, seorang warga Bangkok memberi amaran kepada pelari-pelari di Taman Makut Rommayasaran kerana beliau mempercayai bahawa botol air beliau telah di racun di taman tersebut. Wirot telah membuat laporan polis apabila hampir pitam selepas meminum air dari botol tersebut.

Wirot memuat naikkan posting di Facebook yang kini tular di Thailand, dengan mengatakan agar pelari sentiasa berwaspada kerana peristiwa yang menimpanya.

เตือนภัยนักวิ่ง!!!วางขวดน้ำในสวนสาธารณะ อาจตายเพราะโดนวางยา!!!(ยาวหน่อย แต่อ่านเถอะครับ…

Posted by Etoriw Sibaht on Monday, June 22, 2020

Menurut laporan editorial Coconuts Bangkok, pegawai polis menyuruh Wirot mengambil gambar botol airnya setiap hari setelah beliau merasakan air di dalam botolnya itu berlainan rasa. Wirot mendapati botol airnya mempunyai kesan ditebuk.

Wirot juga menyatakan bahawa beliau selalu membeli air botol jenama tersebut dan beliau meninggalkannya buat seketika sementara menggunakan tandas awam di taman tersebut.

Siasatan lanjut polis dapat mengenal pasti kimia berlebihan yang di suntik ke dalam botol air Wirot adalah Xylazine, sejenis ubat penenang buat binatang seperti kuda, kucing dan lain-lain mamalia. Ia juga pernah di jual online suatu ketika sebagai “date rape drug”.

Menurut profesor yang membuat ujian tersebut, dos Xylazine di dalam botol air Wirot boleh membawa maut jika beliau telah menghabiskan semua air itu.

Luahan Wartawan: This is why you should not leave your bottles unattended especially in a public park.

Nasib baik dia perasan rasa air tu lain macam kalau tak, dah meninggal Wirot. But a lethal dosage eh, memang ada orang target dia ke? Kalau setakat nak kidnap and rape, macam overkill.

Atau nak cari mangsa organ harvesting? But whatever it is, let this be a lesson to be extra vigilant.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Nak Makan Wanton Goreng, Tergigit Sebiji Gigi Manusia

Senarai Permintaan Barangan Harian Anak Yatim Tular