in

Boss Lama Gelapkan Duit Renovasi Pelanggan, Tolak Balak Kepada Pekerja Untuk Selesaikan

Gara-gara dianiaya pembimbingnya yang telah melarikan diri secara tidak semena-mena, Muhamed Hafiz, yang masih mentah dalam dunia renovasi, dihantui dengan panggilan telefon daripada orang-orang yang tidak dikenalinya.

Hafiz, yang pada ketika berada dalam lingkungan awal 20-an tahun, mengikut jejak langkah seorang jejaka yang sepatutnya mengajarnya tentang selok-belok industri renovasi.

Namun sebaliknya, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Vincent, menolak balak kepada Hafiz setelah menggelapkan wang para pelanggan dan pembekal, meninggalkan Hafiz dalam keadaan terpontang-panting.

Hafiz, di syarikat lamanya, bersama Vincent.

“Saya menerima banyak panggilan daripada pelanggan dan pembekal yang saya tidak kenali. Rupanya, Vincent telah menyuruh mereka untuk hubungi saya bagi sebarang masalah sementara dia melarikan diri dengan duit mereka.

“Salah satu mangsa Vincent ialah seorang lelaki Cina tua yang telah membayarnya $12,000. Dia menangis ketika menghubungi saya.

“Katanya, rumah yang didiaminya dalam kondisi ‘separuh jalan’ di mana dindingnya sekadar dirobohkan dan jubin lantainya ditanggalkan. Dia mendesak saya untuk mencari Vincent walhal saya sendiri menemui jalan buntu,” cerita Hafiz kepada wartawan Plan B.

Gambar Hiasan

“Ada juga pelanggan yang memarahi saya dan meminta semula wang mereka atau menyuruh saya meneruskan kerja renovasi.

“Namun, saya tidak dapat membantu mereka kerana saya sendiri tidak tahu-menahu tentang projek-projek yang telah diambil Vincent,” tambah Hafiz, yang pada akhirnya kembali bekerja bersama bekas majikannya di sebuah lagi syarikat renovasi, sebelum nekad membuka buku baharu.

Berbekalkan ilmu yang cetek dan menggunakan pengalaman buruknya sebagai pemangkin, pada usia 28 tahun, Hafiz mendirikan syarikat renovasinya sendiri yang diberi nama Your Reno Works.

Hasil renovasi oleh Your Reno Works.

Meski menghadapi pelbagai rintangan sepanjang perjalanannya, Hafiz, yang kini berusia 33 tahun, telah berjaya mengubah suai lebih 400 buah unit dalam tempoh lima tahun bersama ahli anggotanya yang amanah lagi mahir.

(Dari kiri) Naim, Hafiz, Latiif dan Rifaie.

Syarikat Your Reno Works bukan sekadar menyerikan rumah pelanggan dengan konsep serba moden, malah kerja mereka turut dijalankan dengan penuh kesaksamaan.

Dalam pada itu, Your Reno Works turut menawarkan diskaun sebanyak 5% buat pelanggan yang hendak memasang lantai ‘vinyl’.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Your Reno Works di 83837879.

Dengarkan juga mereka di Spotify pada setiap hari Khamis untuk ketahui perkembagan mereka.

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Man Makes Paper Covid Vaccine As Prayer Paraphernalia Due To Popular Demand

Memes Flood The Internet In Aftermath Of Telco Manhole Explosion