in

Bintang-Bintang Bolasepak Tunjukkan Sokongan Terhadap Palestin Atas Padang

Bintang-bintang bola sepak memberikan sokongan mereka terhadap Palestin dengan mengongsikan catatan yang menyentuh perasaan di media sosial masing-masing.

Pemain-pemain seperti Mesut Ozil dan Riyad Mahrez daripada Manchester City menggunakan hashtag #savesheikhjarrah melalui ciapan di Twitter.

Mohamed Elneny pemain Arsenal yang berasal dari Mesir menulis sebuah mesej yang berjiwa dengan warga Palestin yang sedang mempertahankan diri terhadap keganasan dilalui mereka.

Mohamed Aboutrika yang pernah di tegur Persekutuan Bola Sepak Afrika kerana memakai baju T dengan mesej “Sympathize with Gaza” memuat naikkan doa buat Palestin di Twitter.

Tetapi mesej daripada pemain tersohor Liverpool, Mo Salah menarik perhatian kerana pernah mencetuskan kontroversi apabila enggan bersalaman dengan pemain-pemain Maccabi Tel Aviv.

Ada juga pasukan yang menunjukkan solidariti dengan memakai selempang dan kemeja T sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

Nothing but respect for these players!

Luahan Wartawan: This is how you use a platform to make your voices heard.

Mesut Ozil aku paling respek sebab dia memang berani. Dari dulu lagi mempertahankan rakyat Palestin.

Kita doakan yang terbaik buat saudara-saudara kami di Palestin ya, semoga Allah mempermudahkan segalanya buat mereka.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

“Jangan Bersedih Raya Ini, Sambut Aidilfitri Untuk Kami” Warga Palestin Seru Di Media Sosial

Menangis Kerana Tiada Orang Beli Lauk, Roslan Shah Bantu Peniaga Terjejas Dek Peraturan Fasa Kedua