in

Berkat Usaha, Berjaya Untuk Dapatkan Kerja Sejurus Setelah Dibuang

Zahid adalah antara ratusan yang dibuang kerja dari lapangan terbang Changi ketika pandemik Covid-19 melanda. Ketika Selaku pegawai perkhidmatan pelanggan sebelum ini, ia amat sukar untuk beliau mencari pekerjaan dalam bidang yang sama. Tetapi Zahid tetap gigih mencari peluang yang lain untuk memperbaiki dan mempertingkatkan dirinya.

Kini beliau seorang digital marketer memasarkan produk-produk secara online di wadah-wadah yang berbeza.

Zahid mempunyai perniagaan bersama makciknya dan sedang melalui program Digital Marketing di Lithan Academy Setelah berhubung dengan Mendaki SENSE. Beliau mempelajari cara-cara menggunakan media sosial untuk menjual produk-produknya.

Kolaborasi antara Mendaki SENSE dan Workforce Singapore membolehkan individu yang mencari pekerjaan untuk mengambil kursus yang ditawarkan bagi mempertingkatkan diri. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh dapatkan khidmat penasihat pekerjaan yang berkaliber untuk memberikan mereka nasihat dan bimbingan yang di perlukan.

Mendaki SENSE juga mengadakan ‘Virtual Career Fair’ pada 27 Mei hingga 2 Jun dalam aplikasi Find Jobs dan Cari Kerja.

Lebih daripada 2000 posisi yang ditawarkan oleh pelbagai industri termasuk F&B dan logistik.

Cara-cara untuk memohonkan pekerjaan mudah sahaja.

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Mendaki SENSE bagi membantu golongan pekerja yang mempunyai kepayahan untuk mencari kerja dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melungsuri Instagram dan Facebook Mendaki SENSE.

Luahan Wartawan: Hack your own marketing by learning effective skills and get paid for it.

Mana tau, kau pun boleh jadi macam marketing gurus kat luar sana tapi yang bertauliah.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Janna Nick Menangis Di Instagram, Burnout, Anggap Dirinya ‘Gagal’

Menakjubkan! Bentuk Masjid Ini Seperti Koleksi PS5!