in

Bella Nekad Hilangkan 18 Kilogram Dek Netizen Yang Mengatakan Dia ‘Gemuk’

Terguris hati penyanyi dan pelakon Bella Astillah setelah ditegur warganet mengenai berat badannya yang meningkat selepas melahirkan anak keduanya 18 Julai lalu.

Sumber: Instagram

BELLA NAK KURUSKAN BADAN

Dek komen-komen berkenaan, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz nekad mengurangkan sebanyak 18 kilogram agar dapat meningkat kembali keyakinan dirinya.

Di Instagram, Bella, 26 tahun memuat naik gambar alat penimbang dengan angka ‘42.8 kg’ dan menulis:

“Inilah matlamat saya. Sejak mengandung hari itu, ramai yang bercakap tentang berat badan saya. Itulah perkara yang saya tidak yakin pada diri sendiri.

Sumber: Instagram

“Ya, saya gemuk. Saya sedang berusaha. Bantulah saya dalam menangani hal ini.”

Di samping itu, Bella, yang beratnya kini 60 kilogram, bertanya para ibu di luar sana tentang berat badan mereka selepas bersalin.

REAKSI WARGANET

Antara yang memberi respons ialah kakak kepada Emma Maembong, Beby Maembong.

Kongsinya, fasa ‘berat’ sekejap sahaja dan dia pasti, Bella boleh meraih berat badan yang diinginkan dalam bulan-bulan akan datang.

Seorang lagi personaliti, Ramona Zamzam, dan warganet juga menyokong kenyataan Beby.

Warganet turut menyarankan agar Bella menjaga pemakanan sewaktu dalam hari dan menyusubadankan anaknya agar dapat mencapai matlamat.

DICACI WARGANET

Terdahulu, Bella dihina ‘gemuk macam babi’ oleh seorang warganet.

Individu tersebut, yang mengganggu Bella menerusi Instagram direct message berkali-kali, telah mendapat amaran tegas daripada Aliff.

Sumber: Instagram

Pasangan ini merujuk semula ketika dalam tempoh edah tahun lalu setelah bercerai pada 16 Mei 2019.

Sumber: Instagram

Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, 3 tahun, dan anak perempuan, 2 minggu.

Luahan wartawan: Lah. Tulah netizen mulut puaka. Dah sah-sah dia baru beranak, mestilah badan naik. Kenapa kena tegur? Tak pasal-pasal dia makin insecure sekarang. Give her a break.

Kepada korang yang badan naik lepas beranak, ke memang susah lose weight ke apa ke dan rasa diri tu buruk, just tell yourself this:

There are always uglier people out there. Lagipun, kalau muka lawa, badan sexy tapi mulut pekong buat apa kan?

Chill okay Bella? Aku belum kahwin dah 62kg 🙃

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

RM50,000 Finas License For Content Creators Creates Uproar

Youtuber Pavithra Memaafkan Suaminya Dan Menjaminnya Dengan RM10,000