in

Bella Gagah Melahirkan Anak Bersendirian Kerana Sempadan Dua Negara Ditutup

Tempoh hari, Bella dan Aliff mengumumkan bahawa mereka sudah rujuk kembali semasa tempoh edah pada Julai lalu. Tetapi Bella Astillah terpaksa bersalin bersendirian kerana sempadan ditutup buat masa ini.

Bella mengakui bahawa dia redha apabila terpaksa memasuk bilik persalinan seorang diri tanpa suami tersayang di sisi. Beliau hanya mengharapkan agar proses bersalinnya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Walaupun sudah lama tidak bersua muka akibat penutupan sempadan, Bella mengatakan Aliff Aziz tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. Aliff dikatakan selalu menghubungi Bella untuk bertanya khabar mengenainya dan anak mereka, Ayden Adrean.

Bella memilih untuk bekerja supaya dapat melawan perasaan rindunya terhadap Aliff. Beliau juga akui keluarganya menjadi tunjang utama agar dia tidak melayan perasaan dan bersedih dengan pemisahan antara mereka berdua.

Luahan Wartawan: Alahai, kesian Bella.

Their relationship is a turbulent one but cannot deny that Bella truly loves Aliff with all her heart.

Bukan senang nak terima balik lelaki yang pernah melukakan hati dia bukan sekali, namun berkali-kali. Bella ni kuat orangnya, I have to give that to her.

I really hope Aliff cherish and love her the way she deserves to be loved this time around. Bella tak bodoh, dia hanya mempunyai hati yang terlalu besar.

Whatever it is, I know Bella will get through this as well. Moga-moga dipermudahkan segala urusan beliau.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Isteri Dyn Norahim, Selamat Melahirkan Nombor Tiga