in

Belajar Atas Pokok Untuk Peperiksaan

Gadis sabah cetus inspirasi buat orang ramai apabila beliau sanggup bermalam diatas pokok demi menjalani peperiksaan online. Vevenoah Mosibin, seorang pelajar di IPTA, telah membina sebuah rumah di atas pokok tersebut namun ia musnah dibadai ribut.

Justeru, Vevenoah nekad untuk panjat dan belajar atas pokok itu kerana mempunyai network coverage yang lebih kuat.

Di dalam video yang tular, beliau telah merakamkan proses dan pengalaman ditempuhi sepanjang tempoh peperiksaannya pada awal Jun. Vevenoah juga terpaksa tidur di atas pokok tersebut kerana memerlukan network coverage untuk mengulang kaji subjek-subjek diambil beliau dengan cahaya dari telefon bimbitnya.

Dengan berbekalkan sehelai kelambu, power bank, telefon bimbit, botol air, beberapa bungkus nasi serta alat tulis untuk menjawab kertas soalan, Vevenoah bersiap sedia untuk menjalani ujiannya.

Detik cemas juga dilalui beliau apabila seekor tebuan tanah tersesat masuk ke dalam kelambunya.

Saluran Youtube beliau merangkul lebih 37.5 ribu langganan. Vevenoah memuat naikkan beberapa video outdoor survival skills seperti mengopek kelapa muda tanpa alat, memasak ubi di atas kayu api dan membina perigi air.

Vevenoah wajar dijadikan tauladan kerana remaja berusia 18 tahun ini masih sempat melakukan kerja rumah, menolong ibubapanya di ladang dan menoreh getah setiap hari sebelum menduduki peperiksaannya.

Luahan Wartawan: I have nothing but respect for this teen.

Bayangkan, sanggup tidur dalam hutan, basically, supaya boleh ulang kaji dan menduduki ujian. Dah lah gelap, penuh dengan serangga, duduk seorang diri lagi tu.

She maybe poor but she has nerves of steel. Dia masih kerja lagi demi menolong ibubapanya menyara keluarganya.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Bros Gang TV Membuat Video Setia Atau Curang

dUck Menarik Balik Koleksi Tali Leher Sutera Untuk Lelaki Setelah Maklum Balas