in

Bayaran 2 Ringgit Untuk Tulis Artikel 1500 Perkataan

Agensi pemasaran Malaysia, Malaysia Social Media Marketing Company, ditularkan minggu lepas setelah didakwa menawarkan bayaran tidak memuaskan kepada bakal penulis mereka.

RM2 UNTUK SATU ARTIKEL

Sumber: Allnumis

Berdasarkan perbualan Whatsapp Zarrah Morden, seorang pencari kerja, dengan syarikat berkenaan, setiap artikel haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 1,500 perkataan sebelum upah RM2 (SGD$0.66) diberikan.

Dikatakan, posisi tersebut merupakan pekerjaan dari rumah dan upah cuma akan dipindahkan dalam akaun Zarrah secara mingguan.

REAKSI WARGANET

Menyusuli pos Zarrah, seorang warganet mengongsi pengalamannya dibayar RM6 (SGD$1.97) untuk membaca pruf artikel yang mempunyai 7,849 perkataan.

Secara am pula, warganet merasakan bayaran tersebut terlalu rendah.

Sama ada Zarrah menerima pekerjaan tersebut tidak dihuraikan.

Korang ada tak pengalaman kena treat macam cheap labour? Kongsikan!

Luahan wartawan: 66 sen untuk 1500 perkataan. And weekly salary lagi. Is the economy really that bad?

Ingat senang ke nak tulis? Kena fikir, interview/refer to sources, tulis, add gambar apa semua, boleh makan 2 jam. Tak worth it seh. No one should be paid that kind of wage. Nak makan ape seh dengan that kind of pay…Rumput dengan tomato sos?

Baik tulis untuk Plan B. Kalau berminat dan ada kemahiran, DM kami.

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Perompak 19 Tahun Ditembak Mati Di Johor

Niat Kejut Kawan Untuk Bangun Subuh, Lain Pula Yang Menyahut