in

Bapa Sembur Muka Bayi Dengan Racun Serangga

Sumber: Stock Image

Belakang kepala dan leher seorang bayi  dua bulan 20 hari cedera setelah ditampar dan dilambung ayah kandungnya.

Bayi lelaki berkenaan turut disembur racun serangga oleh suspek supaya berhenti menangis.

Gambar hiasan. (Sumber: Greenbelly Meals)

Kejadian di Taman Pauh Indah, Perlis, itu dilaporkan kepada polis pada 11:30 pagi Jumaat lepas setelah menerima laporan daripada doktor yang merawat mangsa di Bahagian Ibu dan Anak Klinik Kesihatan Arau.

“Hasil laporan perubatan mendapati bayi lelaki itu berada dalam keadaan kurang aktif selain bibirnya menjadi kebiruan.

Gambar hiasan. (Sumber: Pinterest)

“Mangsa turut mengalami kecederaan pada belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan pada kepalanya.

“Hasil soal siasat, ibu mangsa mengaku suaminya menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, kepada Berita Harian Malaysia.

Suspek 39 tahun telah ditahan dan direman Jumaat lalu.

Suspek (baju biru putih) direman sehingga Khamis ini. (Sumber: Berita Harian Malaysia)

Mangsa pula dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk pemeriksaan lanjut.

Luahan wartawan: Nak diamkan budak kasilah susu. Tukar pampers ke, on Didi and Friends ke…Kau nak diamkan ke bunuh anak kau?

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Chap Chai

Written by Chap Chai

Viral, Buka Kedai Jual Durian Di Tanah Perkuburan

Polis Dan Bomba Bergegas Turun Untuk Serangan Gas Kimia, Sebenarnya Bau Durian Sahaja