in

‘Baju Baju Friendship Friendship’ Tular Dengan Pelbagai Meme Dan Promosi Perniagaan

Remaja-remaja dalam rakaman “Baju Baju Friendship Friendship” telah menjadi sensasi Malaya setelah video mereka menumbuk seorang lagi remaja di sebuah kolong blok tular beberapa hari lalu.

Dah level retis.

Berikutan “kepopularan” yang diraih, pelukis Sang Tujoh dari Malaysia mendedikasikan sekeping komik khas buat mereka.

Tembus market Malaysia dalam 3 hari. Kau hado? Sumber: Instagram

Manakala warganet Singapura pula telah menjadikan mereka sebagai bahan meme dengan menyuntingkan keratan badan mereka dalam situasi-situasi seperti:

1) Wheel of Fortune;

Sumber: Twitter

2) Family Feud;

Sumber: Twitter

3) letupan di Bukit Batok West bersama Ninja Turtle;

Sumber: Facebook

4) perlawanan bola sepak Man City VS Man United;

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

5) dan coverart Fifa 2022.

Sumber: Twitter

Para artis dan usahawan tanah air pula telah mengambil kesempatan ini untuk melariskan jenama mereka dengan menyelitkan ungkapan keramat “Baju Baju Friendship Friendship” pada hantaran mereka di media sosial.

Antara mereka yang menggunakan taktik pemasaran ini ialah pereka baju Hydil Kwok, yang telah mengeluarkan “Baju Friendship”.

Sumber: Facebook

Pelakon Nurul Aini pula menamakan sesi jualan bajunya “The Baju Baju Friendship Friendship Studiofrost Clearance Sale 1.0”.

Sumber: Instagram

Podcaster Dzar Ismail pula dilihat menitipkan mutiara kata itu pada wajahnya untuk kekal relevan di kalangan Gen Z.

Sumber: Instagram

Siaran nasional, Suria, turut menyertai trend ini untuk memancing penonton.

Sumber: Instagram

Setakat hari ini (27 Ogos), belum terdapat sebarang kemas kini daripada pihak berkuasa tentang kejadian tersebut.

Newsdesk juga tidak dapat memastikan sama ada mereka masih berkawan ataupun tidak.

Luahan Wartawan: Fuh. Dia punya impact dahsyat gila. Sampai artis pun tap on korang punya popularity dik. Kepada sesiapa yang nak lariskan barang, cepat-cepat pakai tagline ni. Latest by esok. Sebab lusa benda ni dah basi.

And pesanan untuk budak ni. Dik, aku rasa kau patut jadi comedian jer lah. Dah 2 kali kau viral. Think about it.

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Bayi Dalam Kulit Album Nirvana Saman Band Sebab Gunakan Gambarnya

Cristiano Ronaldo’s Homecoming, Club’s Official Website Crashed, Legends And Stars Alike Elated