in

Badut Pancing Pelanggan Di Luar Sekolah Dikecam Setelah Menimbulkan Keresahan

Syarikat Speech Academy Asia, yang bertanggungjawab atas kempen pemasaran menggunakan kostum badut di sekitar beberapa sekolah rendah di Singapura, telah tampil meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa.

“Kami minta maaf. Kami tidak sangka ini akan terjadi. Kami sekadar ingin mendapatkan sokongan lebih daripada ibu bapa,” dedah Kelvin Tan, pengarah Speech Academy Asia, kepada TODAY.

“Disebabkan COVID-19, tidak ramai yang ingin keluar. Justeru, jabatan promosi merancang untuk sebaliknya, keluar ke kawasan persekolahan. Kami tidak perasan bahawa kostum badut itu menyeramkan.”

Sumber: Facebook

Tambahan pada itu, sebuah permohonan maaf terbuka turut dimuatnaikkan di laman Facebook syarikat itu.

Sumber: Facebook, Speech Academy Asia

Permohonan maaf tersebut dibuat petang tadi (20 September) setelah gambar seorang penganjur dari pusat pengayaan tersebut, yang dilihat berlegar di luar sebuah sekolah rendah dalam kostum badut, dikritik rakyat setempat.

 

Sumber: Facebook, Speech Academy Asia

Bahkan, kejadian tersebut turut dikupas Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen Tan Chuan-Jin (PAP-Marine Parade) yang telah menyifatkan strategi pemasaran pusat pengayaan itu sebagai “mengarut” dan “tidak lucu malah berbahaya”.

Sumber: Facebook,Tan Chuan-Jin

Difahamkan, kelibat-kelibat badut telah “menghantui” murid-murid dari daerah timur dan barat Singapura, khususnya mereka yang bersekolah di Sekolah Rendah Angsana, Sekolah Tao Nan dan Sekolah Rendah Temasek, sejak dua minggu lalu.

Susulan itu, pihak polis menyatakan bahawa ia telah menerima beberapa aduan berkaitan dengan individu-individu berpakaian seperti badut mendekati murid-murid di beberapa sekolah rendah.

Jurucakap polis menasihatkan orang ramai untuk menjauhkan diri daripada orang yang tidak dikenali dan untuk melaporkan sebarang kegiatan mahupun individu yang mencurigakan.

Siasatan sedang dijalankan.

Luahan Wartawan: Cute pulak Tan Chuan-Jin pakai emoji teehee >_> He angy 😡

Anyway concept tu dah ok dah. Aku suka. Tapi janganlah pakai clown, pandai. Jangan cakap budak, orang tua pun takut dengan clown. Kau pakai lah something yang public boleh terima macam costume dinosaur ke haper. You will still get the media coverage yknow. Now you see lah. You get bad publicity + negative reviews. Siap kena call out by minister lagi.

Tau lah nak viral, nak orang sign up. Tapi otak tetap kene pakai. Kau nak parents send anak-anak dorang tapi kau gunakan watak clown sedangkan kau tau clowns are associated with murder, sexual assault dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Idea ni will work kalau kau nak promote Halloween event ke, cerita hantu ke apa. So lesson learnt lah eh. Next time just use dinosaurs and unicorns. No one will get mad.

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

SCDF Found Out That Man Who Saved Life At Jurong Lake Actually Passed Away Recently

Lady On Train Holiday Scene Turns Out To Be Clever Prank