in

“Are You A Malay Agent?” Beow Tan Kepada Hazrul Ketika Ditanya Tentang Listing Rumah

Nama Tan Beow tidak asing lagi di kalangan penduduk Singapura setelah video-videonya mengganggu orang Melayu tular di wadah-wadah media sosial.

Sikap anti-Melayu bekas agen hartanah itu bukan sahaja menyerlah dalam bentuk video malah, ia juga menonjol dalam interaksi hariannya bersama rakan seindustri.

Antara mangsa gangguan Tan Beow termasuk ejen hartanah Bravo Realtors di bawah naungan Propnex, Hazrul Nizam.

Wait…Hazrul Nizam? Dia yang…Yes dia. Penyanyi lagu “Kaulah Segalanya”.

Dalam sebuah wawancara eksklusif bersama wartawan Plan B, Hazrul mengongsi kisahnya berbicara bersama Beow Tan kira-kira sebulan yang lalu.

ARE YOU MALAY?

Lazimnya, kongsi Hazrul, ejen-ejen yang menghubungi nombor kerjanya untuk bertanya tentang listing rumah akan menghantar mesej seperti:

“Hi, is this unit available?”

Namun, dalam interaksinya bersama Tan Beow, soalan pertama yang ditanyakan oleh wanita itu ialah:

“Are you a Malay agent?”

aRe u m4Lay???

“Pelik sangat. Nama aku Hazrul Nizam. Ada macam nama Jepun ke”, seloroh Hazrul kepada wartawan.

Meskipun soalan yang ditanyakan janggal, Hazrul berkata dia menjawab tetap pertanyaan wanita tersebut dan bertanya bagaimana dia boleh membantu.

Akan tetapi setelah itu, Hazrul berkata Beow Tan tidak membalas dan malahan juga, telah memadam perbualan mereka.

Mujur buat Hazrul, interaksinya bersama ejen-ejen dan pelanggan-pelanggan lain lancar belaka.

EJEN BERDEDIKASI

Sepanjang pengalamannya menjadi ejen hartanah sejak enam bulan lalu, Hazrul berkongsi bahawa dia telah berjaya menjual empat hartanah dan berkhidmat untuk lapan pelanggan.

Sebagai seorang ejen hartanah, sasaran Hazrul ialah untuk meningkatkan kesedaran tentang urusan jual beli rumah di kalangan rakyat setempat.

“Ramai orang berpendapat bahawa urusan jual beli rumah ialah sesuatu yang mudah. Walhal ada banyak bayaran dan dokumentasi yang harus dilunaskan.

“Dengan adanya khidmat ejen hartanah, segala persoalan pelanggan akan dijelaskan dan segala pengiraan akan akan dibereskan.

“Bagi saya sendiri, saya akan melakukan property health check dan memberikan pelanggan beberapa pilihan yang sesuai buat mereka,” jelas Hazrul.

Bukan setakat itu, Hazrul turut menjalinkan hubungan erat bersama pelanggannya agar dapat terus memberikan nasihat hartanah kepada mereka meski transaksi sudah pun dijalankan.

Untuk mendapatkan khidmat Hazrul Nizam atau rakan-rakan seperjuangannya daripada Bravo Realtors, hantarkan mesej kepada mereka melalui Instagram (@bravorealtors.brs)atau hubungi mereka di 8100 2300.

Nantikan juga kemunculan Bravo Realtors di Plan B pada setiap hari Isnin untuk mendengar kisah-kisah mereka sebagai ejen hartanah dan untuk mendapatkan tip tentang urus niaga rumah anda.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Pendengar NJU Bantu Nur Insan Kumpul Lebih Daripada $200,000 Dalam 14 Hari

Wanita Viralkan Orang Tak Berpuasa Di Tempat Awam, Ancam Report MUIS