in

“Andaian Transfer Duit Kat PU, Terkena Ilmu Pengasih, Dah Berkahwin Secara Rahsia, Tak Benar” – Neelofa

Setelah status pertunangan mereka hangat diperdebatkan di media sosial, Neelofa memberi kenyataannya di IGTV semalam. Beliau menafikan pelbagai andaian yang hangat diperkatakan mengenainya dan pendakwah bebas PU Riz, 25, seperti tular dalam laman maya.

Andaian dan tuduhan yang mengatakan saya terkena ilmu minyak pengasih dan saya sedang berubat.

MashaAllah, cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya ia adalah tuduhan yang amat berat. Alhamdullilah seperti anda lihat sekarang, saya berada dalam keadaan baik.

Andaian yang saya sudah pun bernikah rahsia di Kelantan, memindahkan wang kepada PU Riz.

Ini adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas. Ia adalah karut dan saya perlu menjelaskan benda ni kerana ia melibatkan maruah keluarga kami.

Neelofa sedar pelbagai versi cerita dan andaian tidak betul tular dalam media sosial membabitkan dirinya, PU Riz dan keluarga, dan meminta orang ramai hentikan andaian kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

“Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang ingin disampaikan, seterusnya tidak terus membuat persepsi perkara yang tidak betul. Saya berharap semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.”

“Saya mohon kepada semua pihak tidak menerima andaian bulat-bulat. Ambillah masa seketika untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini,” katanya.

Mengenai status perhubungan beliau dengan PU Riz.

“Tidak manis saya mengeluarkan kenyataan yang membelakangi ahli keluarga saya. Apa yang mampu dikatakan, keluarga saya dan keluarga PU Riz kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, lebih baik perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.”

Neelofa juga memohon maaf kepada kedua-dua keluarga kerana terbabit secara tidak langsung.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada keluarga saya dan PU Riz atas segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih lagi, kami masih belum ada sebarang ikatan yang sah,” katanya.

Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya.

“Kepada keluarga saya, terima kasih tidak terhingga ingin diucapkan. Saya hargai dengan setulus hati atas sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan dan teguran diberikan.

“Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk memahami dan memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak akan berpanjangan. Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya.

“Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat menghargainya,” katanya.

Menurut laporan Mstar, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin sedang mencari wanita yang melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial.

Sebuah tangkapan skrin Whatsapp yang mendakwa Neelofa terkena ilmu pengasih dan juga telah memindahkan duit kepada PU Riz tular di Twitter Syamirasafiya02 namun akaun tersebut kini sudah dipadamkan.

PU Riz juga bersuara dengan memuat naikkan IG story yang amat mendalam.

Benar, hanya Allah yang mampu menyelesaikan segalanya. Kita di Plan B doakan yang terbaik buat mereka, moga Allah permudahkan segala urusan mereka.

Luahan Wartawan: Now this is what I call a clusterfuck. Just because she is in the limelight, her personal love story is for public perusal.

Yang tokok tambah dia kena paleh-paleh pun boleh tahan. Siapa je yang dapat informasi eksklusif ni eh? Waduhh.

Aku tetap sayang dia, tengok cara dia bebual, sangat lembut. Semoga Allah pelihara dan lindungi selalu, role modelku.

Kita doakan yang terbaik je untuk mereka sekeluarga kerana pergelutan ini boleh menghanyutkan.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Pertunangan Neelofa Dan PU Riz Dipukul Badai, Pelbagai Andaian Dilontarkan Netizen

Gambar Paramedik Yahudi Dan Muslim Berehat Sambil Sembahyang Bersebelahan Tular, Dipuji Netizen