in

Anak Pemilik Gerai Timbang Ambil Tindakan Guaman Terhadap Warganet Yang Menghina Ibunya

Anak kepada pemilik gerai Muslim Food Stall, Haney BabyLup, menimbangkan untuk mengambil tindakan guaman terhadap warganet yang telah menghina ibunya di laman Facebook Halal Cafe & Restaurants in Singapore.

Komen-komen ini dibuat berikutan pos Redz Ones, yang mendakwa ibu Haney melayaninya dengan biadab sewaktu dia melanggani gerai itu, yang terletak di Blok 20 Marsiling Lane, semalam (28 Ogos).

Menurut Redz Ones, dia telah meminta cili hijau ekstra daripada ibu Haney untuk dihidangkan bersama mi rebus yang telah dipesan olehnya.

Gambar hiasan. Sumber: Google

Namun demikian, permintaannya ditolak secara kasar.

“Sini semua package. Tak boleh tambah!” tukil Redz Ones dalam posnya.

Tersentak, Redz Ones menyifatkan layanan ibu Haney sebagai “totally unacceptable!!!!” dan berkata bahawa pengalamannya ke sana telah membuatnya berasa “WTF????”.

Sumber: Facebook, Redz Ones

RESPONS HANEY BABYLUP

Mengambil kisah itu sebagai maklum balas yang bernas, Haney meminta maaf kepada Redz Ones bagi pihak ibunya.

Walau bagaimanapun, dia menyatakan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yang telah mengaibkan ibunya.

REAKSI WARGANET

Susulan kenyataan Haney, terdapat warganet yang memperlekehkan tindakannya untuk mengambil peguam dan mengkritik responsnya yang berat sebelah.

Ada juga yang berpendapat ianya lebih elok jika Haney menggunakan wang itu untuk membeli bahan jualan daripada membayar seorang peguam.

Pada masa yang sama, warganet memberi respons kepada pos Redz Ones.

Beberapa bekas pelanggan gerai Muslim Food Stall tampil untuk mengongsikan pengalaman buruk mereka ketika membeli makanan dari gerai itu, yang telah beroperasi selama 30 tahun.

Menurut golongan ini, mereka juga pernah menerima layanan dingin daripada ibu Haney sehinggakan mereka tawar hati untuk menyokong bisnesnya.

Ada pula yang membela ibu Haney, 56 tahun, yang mungkin letih mengendalikan gerai itu seorang diri.

Terdapat juga warganet yang berpendapat bahawa Redz Ones tidak patut memperbesarkan hal ini.

HANEY BABYLUP TETAP AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Meskipun komennya dicela warganet, Haney tetap berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi wartawan Plan B, dia berkata bahawa dia akan membuat laporan polis dahulu ke atas mereka yang telah menghina dan mengancam untuk mengasari ibunya.

Setakat ini, ibunya masih belum diberitahu tentang celaan yang diterimanya di media sosial.

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Pengumuman Kebenaran Bertudung Untuk Jururawat Mengundang Reaksi Positif

Local Entrepreneur Raised $10,000 To Get Raincoats For Migrant Workers