in

Anak Melayu Hebat, Hantar Jenazah Cina Pulang Secara Percuma, Ketika Bapa Mendiang Tak Mampu Bayar

Kuan Chee Heng, atau dikenali sebagai Uncle Kentang, tidak asing lagi dengan kerja amal beliau mengongsikan kisah seorang pekerja khairat kematian Islam yang menghantar jenazah seorang lelaki Cina pulang ke Melaka.

Sumber: Facebook, Kuan Chee Heng

Lelaki berbangsa cina berusia 32 tahun itu meninggal dunia di Teluk Anson, Perak. Menurut Uncle Kentang, penghantaran jenazah ke kampung halamannya akan menelan belanja Sekurang-kurangnya RM1600 (SGD 523) dan bapa mendiang tidak mampu untuk membayarnya.

Seorang pemuda Melayu menawarkan van dan perkhidmatan penghantaran secara percuma apabila beliau terdengar akan berita itu.

Seperti dijanjikan pemuda itu menghantar jenazah tersebut dari Perak ke Puchong – di mana Uncle Kentang sedang menunggu untuk mengambil alih, dan membawa si mati pulang ke Melaka di mana keluarganya berada.

Perkongsian tersebut tular di Facebook dengan lebih dari 1200 shares dan 1300 komen.

Netizen sangat terharu dengan perbuatan kebaikan anak muda itu, dan memuji semangat anak jati Malaysia beliau kerana membantu orang asing dengan perkara yang begitu sensitif tanpa mengira perbezaan agama.

Pengguna Facebook Eriy Ranjer menyatakan dalam bahasa Melayu, “Ini adalah Malaysia. Kami adalah masyarakat berbilang kaum yang saling membantu, tanpa mengira perbezaan. Ia telah menjadi amalan kami sejak sekian lama.”

Pakwancik Kassim juga bergema dengan sentimen yang sama.

Ramai yang mendoakan terbaik buat anak Melayu itu.

Bantu-membantu bukan hanyalah adat semata-mata, memang digalakkan dalam Islam untuk sentiasa menghulurkan tangan buat sesiapa sahaja yang memerlukan. Syabas!

Luahan Wartawan: Terbaik. Terserlah akhlaq yang ada di dalam hati pemuda itu.

Cerita-cerita macamni lah yang patut viral kerana menggalakkan kebaikan.

Bukan cerita jaga tepi kain orang atau selebriti yang pakai baju koyak.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Chap Chai

Written by Chap Chai

Pecah Tembelang, Isteri Sedar Suami Dalam Perjalanan Ke Rumah Skandal Dalam Nahas Sriwijaya Air

Gerai Dapat Award, Netizen Tak Puas Hati, Ungkit Pengalaman Menjamu Selera