in

Anak Baru Dua Minggu Sekolah Cina, Tapi Bapanya Semangat Cakap Mandarin, Sekali Tamil Yang Keluar!

Gelagat seorang bapa melayan anaknya menjadi perbualan netizen kerana kecekapan si bapa menggunakan beberapa bahasa semasa berbual dengan anaknya itu.

Di dalam video yang kini tular di Twitter, perbualan Pyan Kakeshi dengan anaknya Yen Yen mencuit hati orang ramai. Yen Yen baru sahaja memulakan persekolahan di taska Cina dan Pyan bersemangat untuk berbual dengan anak comel itu di dalam bahasa Mandarin.

Pyan memberitahu anaknya bahawa beliau tidak mempunyai duit untuk membelikannya donat lalu menyuruh Yen Yen meminta duit dari ibunya.

Namun apabila soalan Pyan dijawab Yen Yen dalam bahasa Inggeris, Pyan pula mula berleter dalam bahasa Tamil kepada anaknya itu.

“Eh kau ni dah kenapa, apa yang kau nak ni. Kerja kau asik bebual je, diam jap boleh?”

Tercuit hati warganet memerhatikan gelagat anak comel tersebut dan juga kefasihan si bapa melayan anaknya dengan pelbagai bahasa.

Ada diantara rakan sekolah Pyan mengatakan bahawa beliau memang fasih berbahasa Mandarin kerana pergaulan dengan kaum yang berbilang bangsa di bangku sekolah dulu.

Menurut Zainuddin, yang mengongsikan video tersebut, Yen Yen adalah anak saudaranya dan mereka mempunyai keturunan Myanmar.

Itulah kelebihan duduk dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Sedikit sebanyak akan mula mempelajari dan memahami bahasa kaum lain.

Luahan Wartawan: Alahai comelnya.Yang penting dia nak donat tu jugak. Tak kira la bapak dia ada duit ke tak.

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Budak Ditetak Mati Ketika Cuba Menyelamatkan Ibunya Yang Sedang Dirogol

Hisyam Hamid Kongsi Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Twitter, Rakaman Dihantar Isteri Menerusi IG Story