in

Alya Iman Tampil Memberikan Kenyataan Dakwaan Hubungan Sulit

Pelakon baru nak up Malaysia, Alya Iman, tampil memberi kenyataan setelah didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami.

Jelas Alya dalam satu kenyataan media, dia terdahulu bertunang dengan lelaki 30 tahun itu pada 27 Februari 2020 setelah “difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadirannya sebagai isteri kedua”.

Sumber: Instagram

Namun, pertunangan tersebut diputuskan pada Mac lalu apabila Alya, 19 tahun, mendapati bahawa kewujudannya “tidak diketahui dan dipersetujui isteri individu tersebut”.

RASA BERSALAH

Kesal atas perbuatannya, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini berkata, dia telah memulangkan semua hadiah yang diberikan oleh bekas tunangnya dan pasrah dengan apa yang berlaku.

Alya (kanan) bersama bapanya, pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha. Sumber: Xtra

“Segala hadiah telah dipulangkan kepada individu tersebut kerana merasa bersalah.

“Saya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat ditempuhi dengan baik.

Sumber: Instagram

“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

“Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik.”

REAKSI WARGANET

Meskipun pencerahan dan permohonan maaf telah dikeluarkan, warganet tetap mencaci Alya.

Walau bagaimanapun, ada yang menyebelahi Alya kerana sementara reputasi Alya dirundung malang, imej bekas tunangnya, seorang bapa dua anak, kekal ‘bersih’ kerana namanya tidak disebut malahan gambar-gambarnya juga tidak dikongsi secara penuh.

Ada juga yang berpendapat bahawa isu ini tidak sepatutnya ditularkan isteri bekas tunangnya di media sosial.

ISTERI BEKAS TUNANG MENGAMUK

Kontroversi ini bermula semalam (25 Julai) apabila isteri ahli perniagaan itu mendedahkan Alya sebagai orang ketiga dalam rumahtangganya dan pembolot harta.

Sumber: Gempak
Sumber: Gempak

Luahan wartawan: Pada aku, kalau betul Alya tak tau that bini bekas tunang dia actually tak kasi restu, dia tak bersalah. The only ‘kesalahan’ dia buat is for getting together with someone’s husband.

Aku rasa yang patut kena maki is bekas tunang dia. Dahlah cari perempuan lain belakang bini, dahtu tipu tunang. Men ain’t shit.

Yang bini dia pun yeye sangat marah Alya kenapa? Marah lah laki kau. Laki kau curang dengan kau tau. Laki kau yang started this shit. Haven’t he lied to Alya, aku tak rasa Alya nak tunang pun dengan dia. Bukannya handsome pun. Mual aku tengok. Kalau Alya betul-betul nak harta, dia dah jadi sugar baby, bukan second wife.

The only good thing out of this issue is sekarang, satu Malaysia and probably some Singaporeans dah kenal Alya Iman ni siapa. Not for a good reason ah tapi it’s still publicity 🤷🏽‍♀️

Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Historic Milestone, First Azan Is Heard In 86 Years As Hagia Sophia Is Reverted Into A Mosque

Wanita Hamil 7 Bulan, Maut Digilis Treler