in

Alif Satar Belanja Bacaan Surah Al-Kahfi, Netizen Terkesima

Alif Satar tular lagi di Instagram setelah membelanjakan Surah Al-Kahfi pada Jumaat lepas sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sumber: Instagram, Alif Satar

Alif Satar memang dikenali dengan suara merdunya baik bila menyanyi mahupun mengaji. Netizen memuji bacaan Alif dimana tajwid serta makrajnya hampir sempurna.

Bacaan 10 ayat terawal itu mengundang perhatian peminat dan pengikutnya bagi memberikan pelbagai komen positif terhadap alunan merdu ayat al-Quran berkenaan.

Ramai yang berterima kasih kepada Aliff kerana memberi peringatan bagi mereka semua pada penghulu segala hari.

Surah al-Kahfi sangat digalakkan untuk dibaca pada hari Jumaat, tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya yang dapat menjadi benteng keimanan kukuh daripada fitnah dajjal.

Syabas Alif kerana menjadi contoh terbaik buat peminat-peminat tersayang.

Luahan Wartawan: SubhanAllah, merdunya suara Alif Satar ni.

Orang cakap kalau suara time ngaji sedap, nyanyi pun sedap. Mungkin tu pasal Alif ni bawak lagu nasyid pun power.

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Kedai Tempatan Menjual Pelitup Berbentuk Zakar Dan Buah Dada, Netizen Berbelah Bagi

Beli Khemah Untuk Dua Orang, Yang Datang Muat Kepala Jek