in

Agong Redah Banjir, Turun Padang, Lawat Kawasan Terjejas

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang bagi memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.

Sumber: Facebook, Istana Negara

Menurut posting dan rakaman di lelaman Facebook Istana Negara yang telah meraihkan lebih daripada 5000 likes, 200 komen dan 1000 shares walaupun baru sejam dimuatnaik, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Sumber: Facebook, Istana Negara

Tindakan baginda ini menyebabkan ramai warganet menghujani ruang komen dengan perasaan terharu dan juga memuji keprihatinan yang baginda tunjukkan.

Sumber: Facebook, Istana Negara

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berjiwa rakyat itu turut berhenti di Plaza Tol Karak untuk bertanya khabar kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas di situ dan juga menghulurkan bantuan.

Sumber: Facebook, Istana Negara

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong juga memuatnaikkan beberapa gambar di lelaman Instagramnya, @airtangan_tunkuazizah. Posting nya itu telah meraih lebih daripada 80000 likes dan 1400 komen.

Sumber: Instagram, @airtangan_tunkuazizah

Posting baginda itu dihujani kata-kata pujian dan juga pesanan untuk berhati-hati daripada netizen.

Sumber: Instagram, @airtangan_tunkuazizah

Semoga tindakan baginda ini menjadi ikutan pada pemimpin Malaysia yang lain dan semoga semua rakyat yang terjejas dengan banjir, berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Luahan Wartawan: Truly the People’s King. Amazing that bukan saja Di-Pertuan Agong turun padang to help out, he even drove there himself walaupun paras air banjir da quite high. Truly an amazing person and royalty!

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Belalang Biru

Written by Belalang Biru

Pekerja Asing Warga Bangladesh Menjadi Wira, Selamatkan Budak Hampir Jatuh Dari Tingkat Tiga

Netizen Semakin Bosan, Benda-Benda Merepek Dimuat Naikkan Untuk Dijual Di Carousel