in

Adik Beradik Kembali Ke Pusara Ibu Pada Sebelah Malam Kerana Terlalu Rindu, Arwah Disemadikan Subuh

Perkongsian pengguna Facebook, Syaffiq S.Soleh yang menyayat hati menarik perhatian warganet kerana ia mengisahkan rindu 3 orang anak yang baru sahaja kehilangan ibu mereka.  Postingnya itu merangkuli lebih 1200 perkongsian. 

Menurut Syaffiq, kanak-kanak itu menziarahi pusara ibu dalam gelap kerana hati amat merindui bonda tercinta yang telah selamat dikebumikan pada pagi subuh itu. 

Rumah kanak-kanak tersebut terletak hanya beberapa ratus meter dari tanah perkuburan dan mereka berjalan kaki menemani anak kepada mendiang. Apa yang lebih menyayat hati adalah apabila salah seorang daripada mereka menggenggam tanah yang masih basah sambil meminta maaf kepada ibu tersayang. 

“Mama, kakak minta maaf mama, kakak rindu mama.”

😭😭😭

Syaffiq menyatakan bahawa anak kecil itu terpaksa ke pusara bersama teman-temannya kerana kenduri tahlil sedang berlangsung di rumahnya dan tiada orang dewasa dapat menemaninya menziarahi ibunya. 

Warganet menzahirkan rasa sebak buat anak kecil itu. Mereka juga menyedekahkan al-fateha buat arwah ibu tersebut. 

Ramai juga yang mendoakan anak-anak yatim tersebut. 

Ada juga yang cukup memahami situasi tersebut.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus tabah, adik-adik tersayang. 

Luahan Wartawan: Allah, sayu hati aku baca. 

Syurga tempat ibumu sayang,InshaAllah. Stay strong. 

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Gerai Dapat Award, Netizen Tak Puas Hati, Ungkit Pengalaman Menjamu Selera

Lelaki All Out Makan Nasi Kandar Sebelum PKP, Belanja RM63 Sepinggan