in

Abang Delivery Solat Bawah Blok, Penduduk Bukan Islam Tertambat Hati, Teruja Dengan Keadaan

Seorang penduduk Pasir Ris mengongsikan posting yang menyentuh perasaan masyarakat Islam setempat.

Sumber: Facebook, Ong Beng Lee

Ong Beng Lee memerhatikan gelagat seorang pemuda berbaju ungu di kolong blok. Pada mulanya, pemandangan tersebut amat luar biasa baginya namun setelah menghampiri pemuda tersebut, Ong sedar pemuda itu sedang mendirikan solat Zohor.

Ong mempercayai lelaki tersebut adalah seorang pekerja penghantaran kerana logo yang tertera di bajunya itu. Beliau juga mengatakan besar kemungkinan disebabkan langkah Covid dan juga cuaca hujan, pemuda itu terpaksa beribadah di kolong blok.

Pemuda itu bersolat lengkap dengan pelitup muka.

Ong menambah lagi, mengatakan beliau amat kagum dan tidak sedikit pun terganggu dengan ibadah lelaki tersebut. Malah, sebagai masyarakat yang berbilang kaum, kita harus saling menghormati adat dan perbezaan masing-masing.

“Sebagai orang bangsa yang berbeza, saya dapati ini tidak mengganggu atau mengacau sama sekali menyebabkan kita harus memahami dan menghormati kepercayaan kaum lain kerana kita sendiri mengadakan upacara keagamaan termasuklah upacara kematian di bawah blok.”

Warganet terharu dengan perkongsian Ong kerana adab berbicaranya.

Ada juga warganet yang mengambil masa untuk menerangkan kewajiban seorang Muslim.

Benar, sekarang bukan senang untuk ke masjid kerana peraturan Covid.

Mesti ada troll seekor kan. Tak sah kalau takde…

Yang penting, kita saling memahami.

Ong mengakhiri perkongsiannya tersebut dengan mengatakan pemuda tersebut telah menambat hatinya dengan keteguhannya sebagai seorang Muslim yang bekerja.

Respect bro.

Luahan Wartawan: Respek bro. Dalam cuaca hujan ribut, tempias lagi. Masih teguh menunaikan kewajiban sebagai seorang Muslim.

Heartwarming to see appreciation. Yelah sekarang ni kan musim troll, musim complaint. Ade je yang tak kena, tak hepi.

Kalau amek gambar post kat social media, selalunya negatif. Yelah, yg negatif tu cepat viral. Senang dapat fame, gitu.

Jangan sibok sangat jaga tepi kain orang, membawang bagai.

Cuba spread positivity. We need it more than ever now. Kalau kau baik, orang doakan kau. Tu kan lebih baik.

Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Bayi 16 Bulan Meninggal Dunia Didera Ibu Bapa Angkat, Pankreas Pecah, Lebih 800 Video Dera Dirakamkan

Apakah? Watak Berzakar Panjang Dan Fleksibel Dalam Siri Animasi Kanak-Kanak Ini Dikecam Hebat!