in

12 Beradik Sepakat Berikan Harta Pusaka Ibu Kepada Ayah Secara Damai, Netizen Teruja

Bersatu teguh, bercerai roboh. Begitulah cerita disebalik sebuah video yang tular selepas dimuatnaikan oleh pengguna TikTok @zakiahpreity. Video yang telah mendapat 449.5K views, 19.6k likes dan lebih 800 share menunjukkan 12 beradik yang telah berkumpul untuk menyerahkan kembali harta warisan mereka.

Zakiah bersama 11 adik-beradiknya telah berkumpul di rumah ayah mereka dan membincangkan perkara mengenai pembahagian harta pusaka ekoran pemergian ibu mereka beberapa bulan yang lalu. Kesemua beradik tersebut berjaya menemui kata sepakat untuk menyerahkan semua harta pusaka arwah ibu mereka kepada bapa mereka untuk menguruskannya.

Setiap seorang daripada mereka melafazkan redha pengembalian semua harta masing-masing sambil disaksikan oleh adik beradik lain.

Melly Goeslaw Indonesia GIF - Find & Share on GIPHY

Para pengguna tiktok turut menyatakan kekaguman mereka di ruang komen melihat perkara yang jarang sekali berlaku ini.

Luahan Wartawan: Wow, ini bukan keluarga yang calang-calang. Bukan senang nak dapat adik beradik sepakat dalam perkara remeh, apa lagi yang mengenai harta pusaka selepas pemergian ibu atau ayah. Semoga kita semua dapat pelajari sesuatu dari keluarga ni!

Listen to Plan B’s Podcast this week!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Lintah Darah

Written by Lintah Darah

Closing The Social Distance – Darren Mak

Crypto Frenzy: We Speak With A Middle Class Millenial Who Is In It